Oleh Izzah Abbasy
Ternyata, susu ibu tiada tandingannya. Banyak manfaat kesihatan kepada bayi jika diberikan susu ibu ini berbanding susu formula. Kekangan masa dan lambakan wanita bekerjaya membuatkan bayi tidak dapat menikmati susu ibu sepenuhnya. Di Washington, satu kajian telah dilakukan mendapati bayi perempuan mendapat lebih banyak faedah daripada susu ibu berbanding bayi lelaki. Penyelidik melakukan kajian terhadap sekumpulan bayi yang dilahirkan dengan berat badan amat rendah iaitu dalam kalangan bayi pramatang di Buenos Aires untuk mengesan kesan perlindungan susu ibu terhadap jangkitan pernafasan terhadap bayi. Mereka mendapati bayi perempuan menyusu badan jauh lebih baik berbanding bayi lelaki yang mendapat susu sama dalam membentuk daya tahan daripada jangkitan pernafasan serius sehingga memerlukan dimasukkan ke hospital. Bayi perempuan yang diberikan susu ibu ini juga dikatakan kurang berisiko mendapat penyakit berbanding bayi lelaki. Ia termasuk masalah jangkitan perut atau usus, masalah penghadaman, penyakit kulit dan alahan serta kurangnya risiko pembentukan tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Beberapa penyelidikan juga menunjukkan bayi yang mendapat susu ibu lebih cerdik. - CARI Infonet
|
10
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
18
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT