CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Kantoi Bercinta Dengan Banduan Dipenjara, Dipecat

25-10-2022 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1322| Komen: 6

Seorang jururawat penjara kini bergelar 'banduan' apabila tindakannya bertukar mesej dan panggilan telefon dengan seorang banduan menyebabkannya dia dijatuhi hukuman penjara enam bulan.


Portal Metro UK melaporkan, Elyse Hibbs dari Manchester, mengaku bersalah di pejabat awam dengan mempunyai 'hubungan yang tidak wajar' dengan banduan ketika bekerja di HMP Parc di Bridgend.


Elyse

Wanita berusia 25 tahun itu menangis ketika dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Crown Cardiff, pada Selasa lalu.

Hakim Tracey Lloyd-Clarke memberitahu Hibbs di sebalik penyesalan, kesalahan itu 'terlalu serius'.


Mahkamah diberitahu, Hibbs bekerja di penjara kategori B di South Wales sejak September 2018, dan bertemu banduan itu apabila dia memberinya rawatan perubatan.

Selepas kebimbangan dibangkitkan mengenai tingkah laku banduan itu, dia dipindahkan ke HMP Manchester pada Mei 2021.

Sebulan kemudian, pada Jun, banduan itu menggunakan ibu dan rakannya untuk menjejaki Hibbs di Instagram.

Selepas Hibbs memberi nombor telefon bimbitnya, dia dan banduan itu mula membuat panggilan tiga hala membabitkan rakannya yang memegang dua telefon supaya mereka boleh bercakap antara satu sama lain.

Pendakwa Raya, Matthew Cobbe berkata, dalam tempoh lima minggu dan lima hari banduan itu, 'memupuk' hubungannya dengan Hibbs.

Mereka bertukar-tukar banyak teks dan panggilan, beberapa daripadanya melalui telefon penjara dan panggilan itu dirakam.

"Panggilan antara defendan dan banduan adalah membabitkan hubungan cinta.

"Mereka bercakap mengenai penjara dan kakitangan di penjara. Dia mengatakan mencintainya dan dia juga membalas isi hati yang sama. Banduan itu memberitahu ingin mengucapkan terima kasih atas cara dia menjaganya di Parc," katanya.

Pasangan itu juga bercakap mengenai bagaimana banduan mempunyai telefon bimbit secara haram dan pendapat banduan mengenai rasuah penjara.

Cobbe berkata, perbualan itu mengandungi beberapa rujukan kepada defendan yang meminta banduan itu tidak menghubunginya, namun hubungan itu berterusan.

"Mereka juga mendedahkan banduan itu tidak memikirkan defendan, dia dengan jelas memanipulasinya, agak jelas perbualan mereka tidak sesuai sepenuhnya," katanya.

Hibbs sejak itu dipecat daripada tugas.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-10-2022 07:31 PM
. atleast dia tak hina banduan or sondol suami orang
Quote batmana 25-10-2022 08:12 PM
bahaya lar, tk tgk prison break, ngurat doktor pmpn, suh ulock kunci, abis lari 7.,8 banduan

cinta tu bole buat pmpn ni buta...

lain kali bercintala dgn warden penjara

Quote sharlenetexas 25-10-2022 09:08 PM
Gambar tu barang order vs barang sampai ke?


Quote Tinot7 25-10-2022 09:13 PM
Muka lepaih mekap dan filter.. so wow..
Quote rospinki 25-10-2022 09:23 PM
Cinta dibalik tirai besi
Quote Highflyer19 25-10-2022 10:46 PM
Boleh buat pilem...lagu tema Di penjara janji...awie

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.045762 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top