CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nelayan Diihalau Pihak Berkuasa Singapura Dengan Kata-Kata Kesat?

25-10-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 779| Komen: 4

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan terhadap insiden membabitkan kumpulan nelayan Malaysia dan Coast Guard Singapura, yang berlaku di perairan Malaysia berhampiran sempadan Singapura, petang kelmarin.


Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.


Harian Metro

"Polis maklum mengenai video tular media sosial yang berdurasi 2:02 minit dan 0:43 saat yang memaparkan insiden pertengkaran mulut membabitkan sekumpulan nelayan Malaysia dan Coast Guard Singapura yang berlaku di perairan Malaysia berhampiran sempadan Singapura.


"Satu laporan polis dibuat oleh wakil nelayan Malaysia yang terbabit serta siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, NSTP hari ini melaporkan sekumpulan 10 nelayan tempatan mendakwa dihalau pihak berkuasa Singapura ketika memasang jaring udang di kawasan Pasir Laba, berhampiran Jambatan Link Kedua di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila mereka dihalau menggunakan pembesar suara dari bot pihak berkuasa negara jiran itu, walaupun masing-masing berada dalam perairan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad, dilaporkan mengakui kesal dengan tindakan pihak berkuasa Singapura itu apatah lagi kumpulan nelayan berkenaan mendakwa dihalau dengan kata-kata kesat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 25-10-2022 05:41 PM
Ape ye kita dpt bg air bersih ke bngsa2 sombong ni?,dh la dtg malaysia subsidi minyk petro ko sebat kata negara kaya
Quote pokaibanktokyo 25-10-2022 08:22 PM
Dari video yang aku tengok, nelayan itu tak berganjak langsung.  Siap macam maki hamun pulak lagi kat polis negara jongos primitif itu.
Quote mojarean_X 25-10-2022 08:25 PM
Syabas nelayan2 tu, anda lg berani dari sesetengah pemimpin. Belajar dari apa terjadi di tibet dan xinjiang
Quote cranell 25-10-2022 08:27 PM
jadah apa polis singapore masuk halau nelayan dalam perairan kita? Dia punya laut tak sampai 20 meter pun dari daratan dia.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.034004 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top