CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Tak Senang Umie Aida Muat Naik Video Rakan Artis Sertai Festival Sunnah

25-10-2022 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3136| Komen: 18

Datin Seri Umie Aida tampil memberi penjelasan selepas mendapat teguran disebabkan memuat naik video barisan artis yang menyertai Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.


Menerusi hantaran di Instagram, Umie Aida mengakui dirinya menerima teguran dengan hati yang terbuka dan turut meminta orang ramai untuk berhati-hati dalam lisan.

Foto: IG


“Alhamdulillah atas teguran buat saya tentang post video artis di Festival Sunnah. Saya terima teguran dengan hati terbuka.

"Tidak ada lelaki sepanjang majlis berlangsung. Baik dalam stadium mahupun di luar stadium. Kami mulakan majlis dengan Asma Ul Husna. Dan bacaan Yassin oleh Ustazah Nawiah Abu.


Di mana bida’ah yang dikatakan? Mohon berhati-hati dalam lisan kita semua.”



Tambahnya lagi, Umie menyatakan bahawa dirinya sangat berhati-hati untuk tidak melakukan muat naik hantaran mengenai sahabat-sahabatnya yang berniqab.

“Baik..bab posting pulak. Yang ini saya sangat berhati-hati untuk tidak post sahabat-sahabat yang berniqab. Baik dari kumpulan hadrah mahupun penonton yang hadir.”




Di akhir hantarannya,  Umie Aida turut tampil memohon maaf di atas kata-katanya dan menitipkan harapan agar sama-sama dapat berpegangan tangan dalam satu tujuan ke jalan-Nya. -CARI

Sumber:Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 25-10-2022 05:26 PM
muka anak nya macam muka budak sedeyyyy atau kureng vitamin kot atau kureng tidur atau dalam ketakutan

Quote imransulaiman 25-10-2022 05:42 PM
Dah macam muka Rozita maknya sukri skeri..
Quote virgo19 25-10-2022 06:24 PM
Macam elfira loy pun ada..
Quote Goodluckdontcry 25-10-2022 06:26 PM
Retis zmn skrg, den tgk msg2 berlumba2 tayang g usrah Sana g usrah sinun..knp ye?? Nk tunjuk Dan Bukti Kan Artis pun beriman ke??

Retis Dulu2 klu berubah pun, senyap2 jer.. mgkin juga sedar Diri dulu byk buat perkara lagha..JD Bila berubah, diam2 je..

Well ikut ko la..cuma Artis skrg, kurang2 la nk tunjuk KO berusrah bagai..kdg mcm terlbh bangga pun Ada..blm LG, kdg mcm die plak Gaya ustad/ ustazah Beno.. rileks2 dahla..

Yg org awam ni pun tahla..bila libat retis, beria Beno..SMP ustaz ustazah bertauliah terpelanting tercampak blkg korg buat..SMP kdg, siap tny retis Bab hukum..hal agama..hancur hancur ..jgn SMP den nyanyi lagu hancur Aku.. kehkehkeh
Quote edoraixora 25-10-2022 07:01 PM
Beria...acah2 terpaling islamik
Quote KBW2 25-10-2022 07:17 PM
Muka camlangsuir tak sesuai cakap pasal agama
Quote Piramida 25-10-2022 07:21 PM
Act bagus je berlumba2 cari ilmu akhirat.. As long as tak tersasar.. Nampak ramai dia org ni mcm taksub je, nak menunjuk mereka lah paling berilmu.. Ntahlah.
Quote bungarose 25-10-2022 07:43 PM
Da elok2 takder lelaki yang menonton
Alih2 perempuan nih sendiri yang tayang untuk public nonton
Ngko nak aper entah
Nak betul2 beribadah atau ader niat lain
Quote LadyCarefree 25-10-2022 08:28 PM
Untuk apa buat semua ni? LoL
Quote VirginLady 25-10-2022 08:43 PM
Muka umi ni yang penat, tataulah aku penat tengok muka dia, muka bengkak....beratt je rasa

bila dia nyanyi, lagilah..Allahuu..berat sungguh
Quote Purpkehag 25-10-2022 09:48 PM
Oklah tu tunjuk gi usrah, kalau gi kelab malam byk pula yang bising
Quote makton 26-10-2022 08:15 AM
MatDeghem replied at 25-10-2022 05:26 PM
muka anak nya macam muka budak sedeyyyy atau kureng vitamin kot atau kureng tidur atau dalam ketakut ...

itu anak kandung sheols ke? i lupa la bila dia ni beranak
Quote Nozot 26-10-2022 08:42 AM
Apa ibjektif festival sunnah ya..macam lari sangat kalau nak kaitkan dengan cara hiduo islam..sangat berlebihan..macam menghala le lagha n tabaruj dah
Quote Nozot 26-10-2022 08:43 AM
Piramida replied at 25-10-2022 07:21 PM
Act bagus je berlumba2 cari ilmu akhirat.. As long as tak tersasar.. Nampak ramai dia org ni mcm tak ...

Kan..tak boleh nak berhusnuzon, tak tahu kenapa..sebab kalau betul - betul mendalamai islam bukan begini caranya..sederhana, jauh dari lagha..
Quote juruterra 26-10-2022 08:45 AM
imransulaiman replied at 25-10-2022 05:42 PM
Dah macam muka Rozita maknya sukri skeri..

baru nk ckp, ada rupa acik rozita mak aliff syukri...maybe kalau mencucuk sampai pipi tinggi gitu kejadiannya mmg sama kot
Quote rosedemon 26-10-2022 10:12 AM
PEGI DIAM2 JELA XPYAH LA MASOK KAT SOCMED, KATA NAK MENCARI TUHAN
Quote mizruncing 26-10-2022 11:18 AM
dari retis sampai ke founder semua nak tnjuk riak pi usrah demi mengejar content n rating like je. semoga betul2 dapat hidayah laa ye
Quote aemon 26-10-2022 11:23 AM
just wait and see malaysian!im so proud of you!

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.078725 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top