Janna Nick dan sutradara hebat, Adrian Teh dipilih antara 12 anak seni yang menerima anugerah Ikon Ekspresi Seni anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Janna berkata, dia tidak menyangka dipilih sebagai ikon dalam kategori pelakon dan mengganggap penghargaan itu sebagai suntikan semangat untuk terus memperjuangkan bakat seni serta menghasilkan naskhah berkualiti tinggi. “Terharu sebenarnya dapat sebaris dengan nama besar dalam industri seni antaranya seniwati, Fauziah Nawi dan primadona alaf baharu, Erra Fazira. Satu penghargaan yang cukup besar untuk saya.
“Saya akan terus berkarya dan menghasilkan produk seni berkualiti tinggi. Saya percaya, ini adalah suntikan semangat untuk saya dan anak seni lain terus memartabatkan industri perfileman tanah air,” ujarnya. Janna ditemui selepas majlis penyerahan yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis perasmian penutup program Ekspresi@Finas.
|
ADVERTISEMENT