CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Jadi Kesalahan Syariah- Perbomohan Dan Sihir, Hamil Atau Melahirkan Anak Luar Nikah, Perempuan Macam Lelaki, Persediaan Melakukan Liwat

25-10-2022 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 806| Komen: 4

KUALA TERENGGANU – Terengganu bercadang meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001 dengan menambah empat seksyen baharu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 yang dijadual berlangsung bulan depan.


Empat seksyen baharu tersebut adalah kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, orang perempuan berlagak seperti lelaki dan persediaan melakukan liwat.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, cadangan pindaan itu merupakan hasil kajian dilakukan Jawatankuasa Penyelarasan Undang-Undang Syariah Terengganu.


Zakr, Foto: Kosmo


Menurutnya, kajian itu mencadangkan pindaan 21 seksyen dan memasukkan empat seksyen serta dua subseksyen baharu.

“Beberapa enakmen telah dikaji dan telah akan dibuat penambahbaikan antaranya memaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan.

“Begitu juga berkaitan dengan perkara timbal balas kerana peruntukan sedia ada, hanya lelaki berlagak perempuan sahaja dikira sebagai satu kesalahan. Pindaan terbaharu ini, perempuan berlagak lelaki juga satu kesalahan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui pada Forum Penambahbaikan dan Pemerkasaan Enakmen-Enakmen Syariah Terengganu.

Wan Mohd. Zakri berkata, pindaan tersebut juga menawarkan hukuman alternatif untuk peruntukan sedia ada.

Jelas beliau, hakim syarie akan diberi kuasa untuk membuat alternatif selain mandatori penjara seperti dihantar ke pusat jagaan diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi kesalahan tertentu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 25-10-2022 05:17 PM
org ganu suka main bomoh ke sampai jadi masalah negeri. hehehe
Quote Carcosa 25-10-2022 05:59 PM
Banyak lahhh minah2 gatal puk buang baby nanti
Haihhhhh... Bukan menggalakkan maksiat, tapi, kau siapkan lah Baby Hatch. At least nasib baby tak bersalah tu terbela. Dahla Minah2 Ganung lebih kurang je dgn minah2 SSKJP. Semua menggelitat je, sbb no entertainment there.
Quote rogayahtop 26-10-2022 09:06 AM
merosakkan alam ada tak?

persediaan liwat tu macam mana? cuci bontot?  beli kondom? mengangkang?

Quote rogayahtop 26-10-2022 09:08 AM
orang perempuan berlagak seperti lelaki

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.032226 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top