CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Pekerja Pusat Asuhan Dituduh Mendera- Pakai Topeng Scream, Jerit-Jerit Takutkan Budak

25-10-2022 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 869| Komen: 6

Washington: Empat pekerja di sebuah pusat jagaan di Amerika Syarikat, didakwa atas tuduhan penderaan kanak-kanak selepas video mereka menakut-nakutkan budak dengan topeng Scream menjadi tular.


Sierra McCandless, Oci-Anna Kilburn, Jennifer Newman dan Misty Shyenne Mills masing-masing didakwa dengan tiga pertuduhan penderaan kanak-kanak jenayah oleh Pejabat Syerif Kaunti Monroe.

Portal Metro UK melaporkan, empat wanita itu bekerja di Pusat Jagaan dan Pembelajaran Kanak-Kanak Lil' Blessings di Hamilton, Mississippi.



Pekerja kelima, Traci Hutson juga didakwa kerana gagal melaporkan penderaan dan serangan terhadap kanak-kanak bawah umur, kedua-duanya kesalahan salah laku.


Dalam video itu, seorang dewasa boleh dilihat menjerit ke arah kanak-kanak yang ketakutan.

Seorang kanak-kanak boleh dilihat seperti menutup matanya ketika pekerja itu menjerit.

"Hukuman ini digunakan terhadap kanak-kanak yang tidak berkelakuan baik," kata pekerja dalam video itu.

Empat kakitangan itu dipecat serta-merta selepas video itu dikeluarkan, kata pemilik Lil' Blessings pada awal Oktober.

"Nampaknya mereka menggunakan topeng untuk pengubahsuaian tingkah laku," Syerif Kaunti Monroe Kevin Crook memberitahu Monroe Journal.

"Mereka tidak boleh menggunakan hukuman dera, jadi kami fikir mereka menggunakan topeng itu untuk cuba menakutkan kanak-kanak supaya melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan," katanya.

Kesemua suspek ditahan di Penjara Kaunti Monroe, kata jabatan syerif. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-10-2022 04:44 PM
Tak sabar2 nk halloween ke?


Quote Carcosa 25-10-2022 06:01 PM
Cuba dibuat balik pada pekerja pusat jagaan tu.


Pakai topeng muka Vida.
Harus semua mencecet lari dan insof
Quote pooh~key 25-10-2022 06:06 PM
Carcosa replied at 25-10-2022 06:01 PM
Cuba dibuat balik pada pekerja pusat jagaan tu.



Akak terbayang gelak vida jah sis. Horror jugak tu sister. Kohkohkohkoh gurau sis.
Quote Carcosa 25-10-2022 06:10 PM
pooh~key replied at 25-10-2022 06:06 PM
Akak terbayang gelak vida jah sis. Horror jugak tu sister. Kohkohkohkoh gurau sis.

Bahhaa
Apa je yg tak menakutkan pada si Vida tu sistthur??
Quote Highflyer19 25-10-2022 06:12 PM
Ceramah motivasi tak menjadi...
Quote rosedemon 26-10-2022 09:52 AM
ko dah knp nyah tkot la bebudak tu hakalahhh

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.033739 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top