Kuala Lumpur: Platform mesej terbesar, WhatsApp dilaporkan mengalami masalah gangguan dan pengguna tidak boleh menghantar atau menerima mesej baharu.
Berdasarkan laman web ServerDown menunjukkan bahawa gangguan berkenaan dialami hampir semua pengguna di seluruh dunia dan masalah itu sudah berlaku sejak 30 minit yang lalu. Pada masa sama, pengendali platform berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung masalah terbaharu yang dihadapi oleh aplikasi mesej paling popular berkenaan. ungkinan besar berpunca daripada sistem pelayan utama.
Sebelum ini, platform mesej popular berkenaan pernah mengalami masalah sama beberapa bulan lalu apabila pengguna turut menghadapi masalah iaitu tidak boleh menghantar serta menerima mesej baharu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
bulalof replied at 25-10-2022 04:31 PM
guna le SMS. sambil terimbau kenangan lalu......
auntieagony replied at 25-10-2022 04:48 PM
Alhamdulillah whatsapp dah ok
ADVERTISEMENT