CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembunuh Tersengih-Sengih Macam Kerang Busuk, Masuk Lif Sambil Tolak Troli Berisi Mayat Rakan Sekerja

25-10-2022 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1679| Komen: 14

JAKARTA: Seorang lelaki sanggup merancang dan membunuh rakan sekerjanya hanya disebabkan mereka berbeza pandangan mengenai urusan kerja.

Christian Rudolf Tobing didakwa membunuh rakan sekerjanya yang dikenali sebagai AYR di sebuah rumah di Cempaka Putih, Jakarta Pusat sebelum membuang mayat mangsa di kawasan tol di Bekasi, Jawa Barat.

Polis Metro Jaya mendedahkan beberapa fakta mengenai kes pembunuhan tersebut yang disifatkan sebagai jenayah terancang.



Foto: Jakarta Post

Menurut polis, selain AYR, Rudolf turut menyasarkan dua lagi rakan sekerjanya yang tidak disukainya.


Namun, niat buruk suspek tidak kesampaian apabila dia ditahan polis selepas membunuh AYR.

Jurucakap polis, Hengki Haryadi berkata, suspek pada awalnya merancang menggunakan khidmat pembunuhan upahan kerana harga yang ditetapkan terlalu mahal.

“Disebabkan itu, suspek belajar dari internet bagaimana untuk membunuh mangsa secara senyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi selama tiga hari.

“Sebelum membunuh mangsa dengan cara menampar dan mencekiknya hingga mati, suspek turut memaksa AYR memindahkan duitnya berjumlah 19.5 juta rupiah (RM5,932), malah turut meminta keluarga mangsa memindahkan lagi 10 juta rupiah (RM3,042) ke dalam akaunnya,” katanya.

Jelas Hengki, suspek merancang menggunakan kesemua duit tersebut untuk membunuh dua lagi rakan sekerjanya, namun gagal kerana Rudolf gagal menjerat mereka.

Selain itu, menerusi rakaman kamera litar tertutup di kawasan rumah tersebut, dapat dilihat suspek tersenyum ketika memasuki lif sambil menolak troli berisi jasad mangsa dan beberapa barangan lain. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 25-10-2022 03:45 PM
Santet je lenkali
Quote sangbara2020 25-10-2022 04:04 PM
kenapa la xcari keje lain
Quote PanadolExtend 25-10-2022 06:00 PM
Saikonyerrrr
Quote batmana 25-10-2022 07:35 PM
dia sakit mental, dulu masa kecik selalu kene belasah dgn bapaknya,
kecoh kt indon skrg

muke baik psl pnah terlibat ceramah kt gereja ..payah manusia sakit ni.
Quote Meiizu 25-10-2022 07:40 PM
Psiko muchhh
Quote rosedemon 26-10-2022 09:50 AM
hati n otak dia kosong sbb tu xrasa apa mmbunuh
Quote ctaz 26-10-2022 10:07 AM
manusia makin giler....
Quote white_musk 26-10-2022 10:25 AM
kenapa bapanya belasah?

akak dengar di malaysia ini juga ramai juga yang pernah dibelasah bapa semasa kecil apabila besar jadi orang berguna kononnya

adakah adik2 juga mental? sama2 pun pernah kena belasah kan
Quote mizruncing 26-10-2022 10:35 AM
last2 kang mental. so lepasss
Quote Kurex 26-10-2022 10:39 AM
Leluhur parashit
Quote copy_paste 26-10-2022 11:18 AM
nape x guna satau je ,kan belah2 sane kuat guna sihir
Quote plywood 26-10-2022 11:23 AM
white_musk replied at 26-10-2022 10:25 AM
kenapa bapanya belasah?

akak dengar di malaysia ini juga ramai juga yang pernah dibelasah bapa sem ...

nampaknya ada yang pandai belasah ada yang tak ... ada yang belasah belasah jadi anak berguna... ada yang belasah belasah jadi mental
Quote white_musk 26-10-2022 11:24 AM
plywood replied at 26-10-2022 11:23 AM
nampaknya ada yang pandai belasah ada yang tak ... ada yang belasah belasah jadi anak berguna... a ...

Teknik belasah tu mungkin berbeza kan

adoii
Quote sukacactus 26-10-2022 12:31 PM
Gila la ni
Siap sengih2 lg tu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.057581 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top