CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Niat Nak Cuba Leraikan Pergaduhan, Akhirnya Diri Sendiri Yang Lunyai Dibelasah

25-10-2022 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1693| Komen: 7

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga tempatan teruk dipukul sekumpulan lelaki setelah cuba meleraikan pergaduhan antara sepupunya dengan seorang lelaki di Serendah sekitar pukul 6 petang di sini.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, dua klip video pergaduhan tersebut tular di media sosial WhatsApp dengan kapsyen ‘Geng GST 08 Serendah Michael’ yang memaparkan sekumpulan lelaki memukul mangsa sehingga terbaring berlumuran darah.

“Berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati pergaduhan ini berpunca daripada sepupu mangsa dipercayai meletakkan kenderaan di hadapan rumah suspek.

“Suspek dikatakan telah menegur sepupu mangsa sehingga terjadinya pergaduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Foto: Kosmo


Menurut Suffian, mangsa pada awalnya bertindak meleraikan pergaduhan tersebut kemudiannya dipukul oleh suspek.

Katanya, sepupunya lari meninggalkan mangsa yang dikepung sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek.

“Mangsa dipukul menggunakan objek tumpul sehingga terbaring berlumuran darah dan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Semua suspek yang terlibat telah dikenal pasti dan akan diambil tindakan tegas oleh pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru masyarakat untuk membuat aduan ke balai polis berdekatan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 25-10-2022 03:35 PM
tak bergadoh tak bertumbuk berparang tak jantan katenye..
Quote renko 25-10-2022 03:45 PM
yanadeyyyyyyyyy
Quote Sazreena 25-10-2022 03:46 PM
Kelihatannya seperti geng padiyappa..
Quote sangbara2020 25-10-2022 03:55 PM
lama dh simpan dendam nih
Quote Simunggu 25-10-2022 03:56 PM
jangan lah ikut aku kalau kail panjang sejenkal
Quote rosedemon 26-10-2022 09:48 AM
len klai mo biar jela org gadoh enjoy je smbil rakam
Quote brego 26-10-2022 09:53 AM
Katanya, sepupunya lari meninggalkan mangsa yang dikepung sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek.


orang lain yang jadi bangang buat hal, orang lain jadi mangsa.

elok biarkan saja sepupu dia tu kena belasah,
siapa suruh jadi bangang parking depan rumah orang.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.043735 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top