CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Orang Muda Tak Tahu Dah Boleh Mengundi- Bila Tanya, 'Tak Pasti, 'Belum Semak', 'Siapa Yang Daftar Nama'

25-10-2022 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 701| Komen: 2

Masih ramai dalam kalangan anak muda ber­usia antara 18 tahun hingga 20 tahun di negara ini masih tidak mengetahui yang nama mereka telah didaftarkan secara automatik sebagai pemilih atau pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


‘Tidak pasti’, ‘belum semak’, ‘siapa yang daftar nama’ dan ‘bagaimana boleh didaftarkan’ antara persoalan yang dibangkitkan golongan itu.

Selain itu, terdapat juga yang meluahkan perasaan terkejut apabila nama mereka telah disenaraikan sebagai pemilih sedangkan tidak pernah terfikir langsung untuk membuang undi pada PRU15.


Foto: Google

Seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Pulau Pinang, Hilmi Ahmad, 19, berkata, dia memang tidak menyangka yang namanya sudah didaftarkan sebagai pemilih pada PRU15 nanti.

“Sebelum ini, ibu yang mendaftarkan nama kakak dan abang sebagai pengundi dengan hanya memberi nama, kad pe­ngenalan dan alamat rumah kepada rakannya yang juga wakil kawasan perumahan.

“Kali ini, memang tidak tahu langsung yang saya sudah didaf­tarkan secara automatik. Memang tidak terfikir untuk me­ngundi selain pilih calon mana yang sesuai,” katanya kepada ­Kosmo! di sini semalam.

Seorang lagi pekerja swasta, Abdul Rahman Danial Abdul Ghani, 26, pula berkata, dia tergerak hati untuk menyemak namanya menerusi portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik melihat rakannya memuat naik satu ciapan yang tertera pusat pengundi di media sosial Instagram baru-baru ini.

“Memang terkejut, nama sudah tersenarai sebagai pengundi pada PRU. Sebelum ini, saya ­ingatkan kena daftar sendiri. Memang saya akui tidak pernah ambil tahu tentang politik dan sebab itu juga saya tidak daftar,” jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi penyelia di sebuah syarikat industri, Mohd. Izmal Adnan, 22, pula berkata, dia juga antara individu yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU15 ini.

“Masih tidak dapat bayangkan yang saya akan mengundi pada PRU ini selepas nama sudah tersenarai sebagai pemilih secara automatik.

“Fikiran masih tidak dapat menumpukan sepenuhnya tentang PRU termasuk belum berasa bahang keterujaan,” ujarnya.

Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (PPSA) berusia 18 tahun ke atas sudah diwartakan dan berkuat kuasa pada 15 Di­sember 2021.

Mengikut rekod SPR, seramai 1.2 juta pemilih baharu tergolong pengundi berusia 18 hingga 20 terlibat dengan PPSA setelah dikuatkuasakan.

Terdahulu, SPR menetapkan tarikh 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November, manakala pengundian awal pada 15 November. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote .HannahMontana. 25-10-2022 04:04 PM
Edited by .HannahMontana. at 25-10-2022 04:09 PM

18 tahun tikam adik sendiri sampai mati !!!

Macam tu nak mengundi ??????

18 tahun  nak undi pun atas dasar hasutan keluarga dan ikut seronok sendiri

xsesuaiiiiiiii

kalau 18 tahun sudah boleh mengundi bererti 18 tahun sudah boleh di hukum gantung sampai mati.
Quote rosedemon 26-10-2022 09:48 AM
org muda skrg tau tiktok je, ko g la buat video ksedaran kat tiktok make sure fyp yach!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.154541 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top