CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakai Inai, Atas Pelamin- Fify Azmi Dan Nafiez Zaidi Tunang Ke Nikah?

25-10-2022 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3046| Komen: 20

Ramai menyangka pelakon, Fify Azmi dan kekasihnya, Nafiez Zaidi melangsungkan pertunangan atau bernikah apabila Fify memuat naik gambar mereka berdua lengkap dengan busana seolah-olah sedang mengadakan majlis itu.


Malah, ramai yang mengucapkan tahniah, lebih-lebih lagi apabila menonton video pelakon itu teruja pertama kali memakai inai yang dimuat naik di media sosial.

Foto: IG

Bagaimanapun, Fify menafikan dia bertunang dengan Nafiez yang juga pelakon itu dan menjelaskan perkongsian itu sekadar meluahkan rasa teruja memakai inai tanpa berniat ingin melakukan sebarang gimik.

Pelakon filem Wira itu berkata, dia memakai inai putih sempena majlis pernikahan adik Nafiez di Perlis, baru-baru ini.




"Keterangan gambar yang saya tulis itu bukan bermaksud saya bertunang dengan Nafiez. Memang betul saya tak pernah pakai inai dan itu kali pertama saya pakai. Jadi, saya kongsilah di Instagram.

"Tak pernah ada niat nak 'prank' atau main-mainkan peminat dengan tulisan sebegitu. Saya tulis 'few hours to go' tu pun sebab teruja untuk adik Nafiez yang nikah.

"Ramai peminat, ibu saudara, kawan-kawan dan rakan selebriti DM ucap tahniah sebab ingat saya bertunang. Takkanlah saya nak sorok kalau betul bertunang atau nikah," katanya.



Bagaimanapun, Fify bersyukur apabila ramai yang mendoakan baik-baik buat mereka berdua.

"Kami biasa saja tapi ramai orang komen positif dan suka dengan hubungan kami. Bila orang suka, kami lagi gembira. Cuma sekarang belum ada lagi perbincangan untuk bertunang atau kahwin. Masing-masing tengah sibuk dengan penggambaran.



"Insya-Allah kalau ada jodoh, tak ke mana. Saya dan Nafiez pun dah kenal dengan keluarga masing-masing. Buat apa saya nak berahsia kalau nak kahwin, benda baik kan," katanya.

Fify dan Nafiez mula rapat selepas kedua-duanya bergandingan dalam filem Ada Hantu 2 dan sejak itu hubungan cinta mereka mula dihidu banyak pihak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 25-10-2022 03:20 PM
Senduuuuuu
Quote amyfaha 25-10-2022 03:23 PM
Hansome dan pandai berlakon.
Quote bukannasigoreng 25-10-2022 03:25 PM
terlalu biasa gambar ni tak nampak gimik
Quote pembacagosip 25-10-2022 03:34 PM
knpe pic mostly kena acah2 terperanjat
Quote Omai 25-10-2022 03:36 PM
muke dia dah lain ke mata aku yang tak betul
Quote Hoshhi 25-10-2022 03:45 PM
Aku tak suka dorang berdua ni tapi aku pun tak tau apa sebab aku tak suka dorang
Quote cattiecute 25-10-2022 04:02 PM
teringat terbaca forumer mana cakap muka si fifi ni kat luar macam SRK. dalam ig je gebu gebas.
aku try tengok movie apa tah lawan2 tu memang betul muka keras macam SRK. berdekah aku gelak
Quote rosedemon 26-10-2022 10:10 AM
pasangan paling bosan.
Quote heythere123 26-10-2022 11:12 AM
bila kategori sendu, terpaksa la buat sesuatu untuk upkan nama
Quote heythere123 26-10-2022 11:13 AM
cattiecute replied at 25-10-2022 04:02 PM
teringat terbaca forumer mana cakap muka si fifi ni kat luar macam SRK. dalam ig je gebu gebas.
aku ...

nak OT sikit, beza dengan Chacha Maembong yg nampak so-so dalam gambar tapi real life elok la jugak
Quote Pak.dolla 26-10-2022 11:15 AM
heythere123 replied at 26-10-2022 03:13 AM
nak OT sikit, beza dengan Chacha Maembong yg nampak so-so dalam gambar tapi real life elok la juga ...

Chacha tu kalau tengok face to face mmg lagi cantik dari timoh...
Quote heythere123 26-10-2022 11:23 AM
Pak.dolla replied at 26-10-2022 11:15 AM
Chacha tu kalau tengok face to face mmg lagi cantik dari timoh...

nasib la dalam gambar timoh memang letops, chacha tak bernasib baik sikit bab on camera ni
Quote heythere123 26-10-2022 11:25 AM
Hoshhi replied at 25-10-2022 03:45 PM
Aku tak suka dorang berdua ni tapi aku pun tak tau apa sebab aku tak suka dorang

ke sebab ni kaka, yg dorang pernah gi holiday trip berdua tu? yg tu je la kot paling memorable pasal kapel ni, itu pun sama dorang yg acah tunjuk dekat org pastu sentap bila kena kecam

cuma i suka je tengok si laki ni berlakon
Quote Hoshhi 26-10-2022 11:27 AM
heythere123 replied at 26-10-2022 11:25 AM
ke sebab ni kaka, yg dorang pernah gi holiday trip berdua tu? yg tu je la kot paling memorable pas ...


iols rasa dorang dua macam kerek je. tu sebab iols tak berapa berkenan
Quote Hoshhi 26-10-2022 11:30 AM
heythere123 replied at 26-10-2022 11:23 AM
nasib la dalam gambar timoh memang letops, chacha tak bernasib baik sikit bab on camera ni

Chacha tu okay je tapi suara dia tak boleh blah
Quote heythere123 26-10-2022 11:31 AM
Hoshhi replied at 26-10-2022 11:30 AM
Chacha tu okay je tapi suara dia tak boleh blah

iyerr suara dia annoying much, tapi dah takleh buat apa dah
Quote Hoshhi 26-10-2022 11:31 AM
Wow chacha lagi cantik dari emma eh. unexpected. iols no comment sebab tak pernah jumpa chacha dengan emma
Quote heythere123 26-10-2022 11:32 AM
Hoshhi replied at 26-10-2022 11:27 AM
iols rasa dorang dua macam kerek je. tu sebab iols tak berapa berkenan

oh tak perasan pulak tang kerek tu, tapi jujur i pon tak suka pompuan tu. Vibe dia macam mehh takde aura gittew. Yang laki tu pon same je takde aura tapi dia berlakon okay jugak
Quote miznora 26-10-2022 02:19 PM
Boleh tak ambik gambar tu pose elok2 sikit. Acik2 dlm ni tak suka tau mulut tenganga2 tejelir lidah macam tu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034328 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top