CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Buka 9 Pagi, Lepas Subuh Pelanggan Dah Beratur Panjang Nak Beli Telur, "Kalau Lambat Memang Tak Merasa"

25-10-2022 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1104| Komen: 2

Kuala Terengganu: "Setiap hari, saya akan berada di kawasan ini jam 6.30 pagi bagi mendapatkan bekalan telur ayam," kata Muhammad Izzul Hakim Aziz, 19, dari Kampung Banggol Katong, Bukit Payung, Marang.


Menurut Muhammad Izzul, dia memerlukan telur ayam dalam kuantiti besar untuk dihantar kepada pelanggan.

"Saya membekalkan telur ayam untuk hotel dan beberapa restoran dan kedai makan sekitar bandar ini serta Marang.

"Saya perlu datang awal kerana jika terlewat, saya tidak akan dapat jumlah diperlukan," katanya ditemui di sebuah syarikat pemborong telur ayam Bumiputera di kawasan berhampiran Pasar Chabang Tiga di sini, hari ini.


Foto: Harian Metro


Peniaga kuih, Asmahani Kadir, 29, dari Kampung Bukit Besar di sini, berkata dia sanggup beratur panjang setiap hari bagi mendapatkan bekalan telur itu.

Katanya, dia memerlukan telur kerana ia antara bahan utama untuk menghasilkan kuih seperti baulu dan kuih tradisional lain.

"Jika tidak dapat datang sendiri, saya minta bantuan adik-beradik atau mengupah orang untuk beratur bagi mendapatkan bekalan telur.

"Sejak krisis telur, perniagaan saya juga terjejas kerana pernah terputus bekalan (telur)," katanya.

Tinjauan mendapati, seawal jam 7 pagi, perkarangan premis berkenaan sudah dipenuhi orang ramai yang beratur walaupun urus niaga bermula jam 9 pagi.

Pengurus syarikat itu, Nursyzanil Adha Ramli, 39, berkata, setiap hari pihaknya menerima 5,000 papan telur ayam pelbagai gred namun ia tidak mencukupi berikutan permintaan yang sangat tinggi berbanding sebelum ini.

Katanya, sebelum krisis telur melanda, sebilangan besar pelanggannya membabitkan golongan peniaga dan pembekal telur kecil-kecilan tetapi kini pelanggannya terdiri daripada semua golongan pengguna.

Berikutan itu, dia terpaksa menghadkan pembelian iaitu setiap individu hanya dibenarkan membeli lima papan sahaja bagi memastikan lebih ramai memperoleh bekalan berkenaan.

"Kaedah ini (had kuantiti pembelian) saya guna sejak minggu lalu. Sebelum ini tiada had pembelian menyebabkan ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang dan apabila tiba giliran mereka, telur sudah habis menyebabkan timbul perasan tidak puas hati, kecewa selain boleh mencetuskan kekecohan.

"Pelanggan lama yang sudah bertahun-tahun mengambil telur ayam dengan saya pun terpaksa saya kurangkan jumlah pesanan.

"Jika tidak hadkan pembelian, dalam tempoh satu jam lebih sudah habis (dijual) tetapi bila saya hadkan, ia habis (dijual) dalam tempoh tiga jam," katanya.

Dia yang mesra dengan panggilan Kak Sya dalam kalangan pelanggan berkata, harga yang dikenakan berdasarkan harga kawalan mengikut gred.

"Sebelum ini saya menjual mengikut harga borong tetapi disebabkan pengeluar mengenakan bayaran 30 sen bagi setiap bekas telur, saya terpaksa jual mengikut harga kawalan, jika tidak saya rugi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-10-2022 09:47 AM
tak habis2 telor telor. rengsek
Quote kakikuDibibirmu 31-10-2022 09:07 AM
Susah betul nak cari tulur ayam

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053548 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top