Jakarta: Kehilangan seorang penoreh getah akhirnya terjawab apabila wanita itu ditemukan penduduk kampung di dalam perut ular sawa sepanjang enam meter (m).
Mangsa dikenali sebagai Zahara, 52, seorang penoreh getah tinggal di daerah Tanjung Jabung Barat, dilaporkan hilang sejak Ahad lalu. "Kami mencarinya di dalam hutan. Pagi ini (semalam) kami temui Zahara di dalam perut ular itu," kata seorang penduduk Desa Terjun Gajah, melalui telefon. Kompas melaporkan, kira-kira 300 penduduk mencari Zahara di kebun getah berkenaan.
Tetapi, pada mulanya, penduduk tidak menemui sebarang kesan untuk menunjukkan lokasi wanita berkenaan. Keesokan paginya iaitu kira-kira 9 pagi semalam, penduduk menemui seekor ular sepanjang enam m. "Ular itu berjaya ditangkap dan kemudian dibunuh penduduk. Mengesyaki perut (haiwan itu) besar, ia dibedah. Di (dalamnya), kami menemui mayat Zahara," kata Birin. Beliau berkata, keadaan penduduk kampung kini tegang. Puncanya, ular yang ditangkap oleh penduduk adalah betina. "Ular ini adalah betina kerana bentuknya yang pendek tapi besar. Seminggu lalu, ada penduduk yang menangkap ular yang lebih panjang iaitu kira-kira lapan m tetapi ia terlepas kerana (saiznya yang) besar. kata Birin. Kini, penduduk kampung risau untuk berada di kawasan hutan kerana dipercayai ada ular yang lebih besar. Penduduk percaya ular besar itu juga menelan dua ekor kambing milik penduduk. -CARI Sumber: Harian Metro
|
KamikuP replied at 25-10-2022 02:15 PM
Ntah2 kehilanagn Acap tahaun 2019 mcm ni juga?
KamikuP replied at 25-10-2022 02:15 PM
Ntah2 kehilanagn Acap tahaun 2019 mcm ni juga?
KamikuP replied at 25-10-2022 02:15 PM
Ntah2 kehilanagn Acap tahaun 2019 mcm ni juga?
Highflyer19 replied at 25-10-2022 02:38 PM
Negara pernah dikejutkan dgn kejadian yg sama suatu ketika dahulu…
KamikuP replied at 25-10-2022 02:15 PM
Ntah2 kehilanagn Acap tahaun 2019 mcm ni juga?
sangbara2020 replied at 25-10-2022 03:04 PM
aku xleh bygkan cmne sampai kena telan ulaq...
kesiannya....
Belibis replied at 25-10-2022 02:42 PM
Tahun 1995 kalau tak silap..labis johor.
Tapi baru telan kepala jer.belum masuk satu badan..
dua_chzy replied at 25-10-2022 03:14 PM
Akak nak tau ular sawa mampo tak belit dan telan Bainun?
dua_chzy replied at 25-10-2022 03:14 PM
Akak nak tau ular sawa mampo tak belit dan telan Bainun?
ADVERTISEMENT