PETALING JAYA – Jabatan Penjara menafikan dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman dibenarkan membuat rakaman video di dalam penjara.
Jabatan Penjara dalam kenyataan berkata, hasil semakan menunjukkan video tersebut telah dirakam lebih awal oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 iaitu sebelum Najib dipenjarakan. “Jabatan Penjara menegaskan bahawa tiada apa-apa rakaman video yang melibatkan Datuk Seri Najib telah dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara seperti mana yang ditularkan.
“Video yang ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 itu juga menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik,” katanya di sini hari ini. Katanya, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut. “Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. Terdahulu, tular video rakaman yang memaparkan temu bual bersama Najib yang disiarkan RTM, sehingga mengundang pelbagai komen termasuk dalam kalangan pemimpin pembangkang. -CARI Sumber: Kosmo
|
sangbara2020 replied at 25-10-2022 12:56 PM
kenapa xpenah tular muke najib pakai baju penjara..
hah kenapa????
sangbara2020 replied at 25-10-2022 12:56 PM
kenapa xpenah tular muke najib pakai baju penjara..
hah kenapa????
Siput_Sawah replied at 25-10-2022 12:33 PM
walau record sekali pun kenapa RTM masih nak tunjuk kat public? adakah RTM saluran kerajaan menafika ...
white_musk replied at 25-10-2022 12:58 PM
Adik teringin nak pakai baju penjara ke?
ADVERTISEMENT