CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sajat Pondan Tapi Tak Pernah Abai Tanggungjawab, Pesan Pasangan Bercerai Jangan Abai Nafkah Anak

25-10-2022 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1391| Komen: 5

Walaupun Sajat sekarang dah menetap di Australia namun dia tetap ingat dua orang anak angkatnya yang berada di Malaysia.

Baru-baru ini di TikTok, Sajat meluahkan kekecewaannya apabila melihat terdapat segelintir lelaki di luar sana mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Sajat berkata, dia terpanggil memberi teguran walaupun hanyalah mempunyai anak angkat buat kaum lelaki supaya tidak mementingkan diri dan kepuasan nafsu semata-mata.

Foto: IG

“Saya ini, anak saya jauh, tanggungjawab saya tetap bagi pada anak. Kalau awak lelaki, tak jaga anak-anak dan hanya tahu buat anak dengan perempuan. Dan, hubungan awak dan pasangan dah gagal, awak tak jaga, maknanya awak bukan lelaki. Darjat awak adalah lebih teruk daripada pondan,”katanya.


Sajat mengaku walaupun dia seorang pondan, namun tidak pernah sesekali melupakan tanggungjawab.

“Sebab saya pondan pun, saya ni lelaki dan juga perempuan,”ujar Sajat lagi.



Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan kesyukuran kerana Sajat mula mengaku dia seorang ‘lelaki lembut’ dan fitrah asalnya adalah lelaki. Malah, mereka mendoakan agar Sajat kembali ke fitrah sebenar dan bertaubat.

Selain itu, mereka juga bersetuju dengan teguran dan nasihat yang diberikan oleh Sajat buat semua lelaki di luar sana supaya tidak mengabaikan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak walaupun sudah berpisah. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 25-10-2022 12:54 PM
Apa pula kata anak sheols sis?
Quote laksmanabentan 25-10-2022 02:02 PM
pooh~key replied at 25-10-2022 12:54 PM
Apa pula kata anak sheols sis?

anak sekolah international uollsss... takde siapa yang kisah dan nak ambil tahu pun....
Quote rosedemon 26-10-2022 10:08 AM
okey bang jat. terbaik bamjat
Quote Sazreena 26-10-2022 02:44 PM
laksmanabentan: anak sekolah international uollsss... takde siapa yang kisah dan nak ambil tahu pun....


Sajat pun tau kalau hantar sekolah biasa mau mental anak-anak dia kena buli..mak ko pondan..mak ko jantan..nasib la bamjat ni pandai cari duit.

Quote rayna_raynes 26-10-2022 03:21 PM
Even masa bangjat sendiri jaga anak2 dia elok betul rupa, bersih kemas je budak dua orang tu. Bukan berselekeh macam anak sesetengah pasangan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.088689 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top