CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Implan Cip Kad Bank Bawah Kulit- Nak Bayar Hulur Tangan Je, Tak Payah Wang Tunai

25-10-2022 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1482| Komen: 18

LONDON – Seorang lelaki menjadi individu pertama di Britain yang mendapatkan implan mikrocip beserta kad bank di bawah kulitnya supaya dia boleh membuat pembayaran menggunakan tangan, lapor akhbar The Sun.


Arnie Szoke, 40, membelanjakan £350 (RM1,877) untuk mendapatkan implan itu di Jerman.

Szoke yang bekerja sebagai pembantu kesihatan bersama agensi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, juruwang dan pelanggan lain di kedai terkejut melihat cara dia membuat bayaran. 



Foto: The Sun

“Orang ramai bertanya bagaimana saya boleh membayar dengan tangan saya. Implan itu kelihatan hebat, tetapi isteri saya tidak mahu memilikinya,” katanya.


Mikrocip itu menggunakan teknologi kad tanpa sentuh dengan medan magnet yang memindahkan data kepada alat pengesan.

Pakar bedah membelah bahagian sisi tangan untuk meletakkan cip keselamatan bersaiz pin yang berukuran setebal setengah milimeter sebelum menjahitnya semula dalam masa lima minit. 

“Cara menggunakan cip itu memerlukan sedikit pembelajaran. Ia seperti kad biasa tetapi anda perlu lebih tepat dengan kawasan yang perlu disentuh. 

“Ini bermakna saya tidak perlu membawa dompet sepanjang masa. Kali terakhir saya menggunakan wang tunai, sebanyak £40 (RM214) telah hilang bersama pas kerja saya,” jelasnya.

Cip berharga £220 (RM1,179) itu dibina oleh syarikat British-Poland, Walletmor. Ia akan tamat tempoh sama seperti kad bank biasa dan Szoke perlu menggantinya dalam operasi kedua dengan kos £130 (RM696) pada 2029. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 25-10-2022 12:19 PM
senang idup tp takot le pulek nak toreh2 tangan tanam cip
Quote Siput_Sawah 25-10-2022 12:29 PM
tak po la baca pun dah terasa ngeri. guna phone aje lah utk buat pembayaran sbb manusia skg 24H kepit dengan phone.
Quote reenz013 25-10-2022 12:32 PM
adoi org mcmni pun ada
Quote green~tea 25-10-2022 12:32 PM
Beli smartwatch je la.. boleh je samsung pay pakai galaxy watch..
Quote mbhcsf 25-10-2022 01:01 PM
Pembantu Kesihatan? Auxilliary Nurse i tahu wujud, pembbatu kesihatan  MA di NHS scetor apa depa panggil ?

kalau nurse , ade bands...lebih tinggi band tu lebih profesional skills  yg dimiliki atau pengalaman klinikal.

tapi...i assumed dia tahu risiko kesihatan atau kalau dia kemalangan  yg melibatkan peggunaann MRI, dia tahu kan yg kad bank , chip tu akan ternyahfungsi?

tau kan masuk kat MRI semua kad kad atau bhn ber ferro magnetik semua tak lah...kad bank , kad tu akan rosak.

so, adakah  ini tindakan yg bijak?
Quote margo20 25-10-2022 01:01 PM
Gigihnya pokcik
Quote miszclassique 25-10-2022 01:21 PM
Tak expired la eh? Ke tiap2 5 tahun tukar cip
Quote Kitty_catz 25-10-2022 01:23 PM
kita potong tangan dierrrr

kata perampok
Quote airfilterkotor 25-10-2022 01:31 PM
Belum kena pancaran 5G lagi ni.
Dia tatau ker....bila terdedah pancaran, automatik minda kena kawal.
Ada yang syorkan, pakai topi aluminium.

Kata-kata ni datang dari satu kultus tu la... kita tolong kopipes jer.
Quote airfilterkotor 25-10-2022 01:37 PM
Pakar bedah membelah bahagian sisi tangan untuk meletakkan cip keselamatan bersaiz pin yang berukuran setebal setengah milimeter sebelum menjahitnya semula dalam masa lima minit.


Taun sudah, microchip sebesar beras pun dah kecoh.
Inikan pulak saiz pin.
Agenda yahudi ingin mengawal minda kita.
Kata-kata ni datang dari satu kultus tu jugak... kita tolong kopipes jer.
Quote supernaturalee 25-10-2022 01:38 PM
miszclassique replied at 25-10-2022 01:21 PM
Tak expired la eh? Ke tiap2 5 tahun tukar cip

"Ia akan tamat tempoh sama seperti kad bank biasa dan Szoke perlu menggantinya dalam operasi kedua dengan kos £130 (RM696) pada 2029"




you're welcome
Quote SedihPedih 25-10-2022 01:42 PM
rosedemon replied at 25-10-2022 12:19 PM
senang idup tp takot le pulek nak toreh2 tangan tanam cip

nnt bila kad expired, kena toreh la kan?
Quote miszclassique 25-10-2022 02:02 PM
supernaturalee replied at 25-10-2022 01:38 PM
"Ia akan tamat tempoh sama seperti kad bank biasa dan Szoke perlu menggantinya dalam operasi kedua ...

Oo ada rupanya dalam artikel, tak perasan
Macehhhhh
Quote supernaturalee 25-10-2022 02:13 PM
SedihPedih replied at 25-10-2022 01:42 PM
nnt bila kad expired, kena toreh la kan?

idok
toreh tmpt lain la pulok
yg lm2 biar je bwh kulit tu, buat koleksi
untung2 blh jd terminator






Quote iolss 25-10-2022 05:33 PM
xpelik2 bukan omputih namanya....
Quote kakikuDibibirmu 25-10-2022 05:36 PM
Felda pprt sesangat ponsel tak ada NFC
Quote rogayahtop 26-10-2022 09:23 AM
buat je la tatu QR code apa yg susah tp make sure kena tekan pin jugak lah kalau tak kang tgh tidur bini scan tattoo je
Quote rosedemon 26-10-2022 09:43 AM
SedihPedih: nnt bila kad expired, kena toreh la kan?


tacodddddddddddddddddd

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.054923 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top