CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Kosong Dan Sotong RM25 Sepinggan- Wanita Dakwa Kedai Terengganu Cekik Darah, Kena 'Ketuk' Sebab Orang Luar

25-10-2022 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3607| Komen: 51

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita mendakwa peniaga di sebuah kedai makan di bandar ini menjual sepinggan nasi kosong dan sotong bersaiz kecil pada harga RM25.

Menerusi perkongsian satu klip video berdurasi 23 saat yang dimuat naik di TikTok oleh akaun pengguna misseyra25 itu, dia mengingatkan pelancong lain yang datang ke Terengganu supaya berhati-hati ketika memilih kedai makan agar tidak menerima nasib sama sepertinya.

Dalam video tersebut, wanita itu menunjukkan tiga harga makanan yang dikenakan terhadapnya iaitu RM98.30, RM44.90 dan RM82.40 dengan jumlah keseluruhan RM225.60 termasuk RM25 untuk nasi kosong serta sotong kecil yang dianggap tidak munasabah kerana lauk yang diambil adalah lauk biasa untuk menu nasi campur.


Add Image Caption Here



Menerusi ruangan komen pula, kebanyakan rakyat Terengganu mengakui kedai makan yang tular itu memang selalu mengenakan harga yang tinggi dan menasihatkan pelancong supaya pergi ke kedai makan lain yang lebih murah.

“Kedai ni makan dua orang, rate RM30-RM50…dah pernah kena dua kali…kali pertama husnuzon lagi, kali kedua kena terus husnulkhotimah,” kata Pablo_Picasso.

“Dulu pun kena juga kedai ni, fikirkan dah berubah, rupanya sama jer,” kata Nazir Nasir.

“Orang Terengganu memang dah lama tahu kedai ni cekik darah dari dulu, memang sekali dan terakhir pergi makan situ, harga kayangan terus, bertabahlah,” kata Yusri Ahmad.



Bagaimanapun, ada juga netizen yang mempertikai tindakan pemilik video tersebut tidak bertanya mengenai harga yang dikenakan secara lebih terperinci kepada pemilik kedai makan sebelum membayar bil itu.

“Saya makan okay je nasi dengan ayam RM6, kak tak cakap dengan owner ke? Minta penjelasan ke apa,” kata Murshid.

“Kedai favourite saya tu, harga memang keras, tapi puas hati la dengan masakan dia,” jelas Dato Baa90.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan wanita tersebut.

“Sekiranya tiada tanda harga dipamerkan, ia adalah satu kesalahan dan tindakan boleh diambil terhadap pemilik kedai makan,” katanya. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 25-10-2022 10:22 AM
Next time jangan pergi makan jew restaurant ... Kan sudah dapat harga yahudi
Quote prince_marhaen 25-10-2022 10:24 AM
tulis aq...aq...aq.... rimas pulak aku... ahahahahaha.. gambar makanan mana? ntah-ntah kau datang sekampung, sotong pulak nak yang fresh besar-besar... amik lauk beriya...hujung-hujung terkejut...buat video acah-acah nak viralkan, kuasa netizen gitu.... yihhh... kalau sejenis bijak, dia tanya dulu, makan ikut berapa duit dalam poket..kalau duit ngam-ngam beli nasi bungkus je siap2...
Quote whimsicalmusic 25-10-2022 10:27 AM
Kalo kes cmni viral mmg siap2 la kedai kena denda kalo btol xdisplay harga mknn
Quote prettyuglybabe 25-10-2022 10:35 AM
napa tak amik gambar apa benda kau amik instead of tag harga je?
kena tengok portion banyak mana baru la boleh judge..
Quote Highflyer19 25-10-2022 10:38 AM
Kslau ranai dah terkena mungkin betul kot...
Quote esbok 25-10-2022 10:40 AM
Kekadang kita dah ready kene ketuk,  kalau mahal pun tak kan pegi jauh sangat laa, sekali bil sampai, ha ko terperanjat mak nyah. Benda dah dalam perut. Kekadang anggapan pelanggan tu tak setinggi bil tuan kedai letak, sebab nya secara visual, kedai dah nak roboh, kipas pusing ala carte, meja kayu hidup segan mati tak mau. Tunjuk bil pun tak sepadan dengan servis kedai.

Time pi ganu dulu ada sembang dgn sorang pakcik ganu ni ramah sungguh lah dia. Aku tanya mana kedai seafood murah, kemain seronok dia promote ke gang aku. Lama2 dia bercerita tetiba suara dia kendur, dia cakap kat kami, tapi awak ni orang luar, harga tak tau la murah ke tidak. Lalu malam tu, kami pusing2 tengok lampu sambil makan keropok lekor pasar malam.

Amende le korang negeri2 gini, negeri aku mari, relak je, Kau mai dari mana pun, gitu je lah harganya. Unless kau rajin borak ramah, rezeki kau tuan kedai bagi discount. Dah la Sultan aku hensem.Tiberr
Quote adeqbun 25-10-2022 10:43 AM
Zaman2 ni klaau tingin nak mkn sotong ketam udang tu ai beli dan msk je la kecuali menu ns grg seafood..tak berani nak amik risiko..harga mcm beli emas
Quote adeqbun 25-10-2022 10:43 AM
prettyuglybabe replied at 25-10-2022 10:35 AM
napa tak amik gambar apa benda kau amik instead of tag harga je?
kena tengok portion banyak mana bar ...

Dh abes makan bru tau kot..kire harga time makan..
Quote airmineral 25-10-2022 11:06 AM
mmg jenis xpamer harga ke kedai tu?
Quote ifanonline 25-10-2022 11:07 AM
tak perlu makan luar, beli sotong masak kat rumah...lagi aman damai
Quote Skuau 25-10-2022 11:12 AM
aku itu kalo pi tempat orang(jenjaln dlm negara)..makan tu..aku amik 'asas' dulu ...nasi,ayam,sayur...tgk bape depa 'kenakan' aku.
Quote ezacbee 25-10-2022 11:12 AM
Sotong kat pasar pun mahal.. Inikan dah siap masak.
Quote bottombikini 25-10-2022 11:14 AM
berani kau amik sotong kat kedai negeri T tu kak
dah kena semelih
Quote krustykrab 25-10-2022 11:16 AM
prince_marhaen replied at 25-10-2022 10:24 AM
tulis aq...aq...aq.... rimas pulak aku... ahahahahaha.. gambar makanan mana? ntah-ntah kau datang se ...

Dari komen² org lain dan penduduk sekitar, mmg kedai ni kedai harga potong leher. Mmg diorg nasihatkn jgn makan kt kedai tu.
Quote renko 25-10-2022 11:19 AM
aikk xkan kedai bukan mamak pun juai mahal
selalu netizen kecam mamak jual mahal pun beratur orang makan
ingat tak mamak pun xde la mahal
Quote jalfa 25-10-2022 11:20 AM
Kalo kat besut tu nama je ado laut pantai...tapi rega ikan tel aviv sangat...lagi murah beli ikan kat key elll
Quote anakmak 25-10-2022 11:34 AM
Bodohnyer lahai
X tanya harga ke sebelum makan
Dah ler bodoh
Pi tayang kat socmed pulak kebodohan sendiri
Bangga ler sangat
Yg bodoh jugak yg setuju kat socmed
Semak mangkuk species ni
Quote Thunderclouds 25-10-2022 11:36 AM
Edited by Thunderclouds at 25-10-2022 11:38 AM

Strict rule p jln2,hanya mkn fast food @ mknan yg fixed price eg nasi ayam/makanan panas eg ns grg kg. Ns campur xkan sentuh except p penang & mmg nk mkn ns kandaq so dh standby awal2. Tadak lg rasa nk merentan kt medsos pasal kna 'ketuk'
Quote Prickford 25-10-2022 11:40 AM
Orang2 luar KL & Selangor bersyukur je la yg korang datang sini kitorang tak tekan pon harga. Semua sama jurrr...

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.070088 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top