Seorang individu tanpa nama di Twitter @ConfessTweetMY mengakui dirinya dahagakan kasih sayang keluarga tetapi keinginannya itu tidak pernah kesampaian.
“Masa aku kecil dulu aku selalu dianaktirikan. Aku dua beradik je tapi mama papa lebihkan abang. “Apa yang abang minta mesti dapat tapi bila aku je terus kata tak ada duit,” tulisnya. Tidak cukup setakat itu, dia juga mendakwa ketika ibu bapa keluar pergi bersiar-siar bersama abangnya, dia jarang dipelawa untuk ikut sekali. Malah dia juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah ketika ketiadaan mereka, seperti plot cerita rakyat Bawang Merah, Bawang Putih.
“Kalau nak keluar jalan nanti mereka bersiap sesama sendiri tak ajak aku. “Lepas tu suruh aku jaga rumah padahal kereta tu muat je empat orang kan. Jadi aku banyak habiskan masa seorang dekat rumah,” ceritanya kecewa. Seterusnya apabila dia mula meningkat ke alam remaja, dia tidak mensia-siakan fasa itu dan banyak membuat kawan baharu ketika memasuki sekolah berasrama penuh. “Bila naik form 1 aku masuk asrama. Mula dekat situ aku ramai kawan sampai tak rasa nak balik rumah. “Aku balik kalau cuti panjang je. Setakat cuti sehari dua memang tak la,” ujarnya. Lebih menyayat hati apabila ibu bapanya juga tidak pernah mencari masa untuk melawatnya di sekolah. “Parents aku pun tak pernah lawat aku kat asrama. Sampaikan sekarang aku dah tak kisah langsung,” katanya. Kesan daripada kisah tragis bersama keluarganya, dia tidak lagi berminat untuk membaiki hubungan bersama mereka walaupun mempunyai pertalian darah. “Sekarang aku dah kerja, terus merantau jauh dari keluarga. Aku balik kampung hari raya je. Antara kata-kata semangat yang dilontarkan netizen. “Itu pun balik raya dua hari je sebab rasa I don’t belong there. Aku tak call diaorang pun sebab diaorang pun tak tanya khabar aku dari asrama,” luahnya. Di penghujung sesi luahan, dia meluahkan rasa gembira dengan kehidupannya kini dan tidak akan menoleh ke belakang lagi. “Aku happy dengan life yang aku create sendiri sekarang,” katanya menutup bicara. Luahan itu mengundang simpati warga maya dan ramai yang memberikan kata-kata semangat. “Tidak mengapa, jangan berharap pada yang tak sudi. Nanti create your own family. Cari partner yang baik, build your own family. All the best. “Should be okay la, just move on and be humble, InsyaAllah you will be fine. “Semoga dipermudahkan segala urusan (anonymous). Memang susah nak hidup tak ada caring and loving family at the side. Just remember you have Allah, so please stay strong and be happy,” antara sokongan netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
Ladyfreecare replied at 25-10-2022 07:35 AM
Berlaku kepada adik bongsu iol. Mak kami kasi macam2 kat dia kitorang semua takda jeles pun. Of kosl ...
dua_chzy replied at 25-10-2022 08:48 AM
Ni macam makcik aiol. Kulu kilir kata tak kena sayang family tapi aiol tengok sebaliknya.
ADVERTISEMENT