CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Viva Dah Berdamai Dengan Keluarga, Kenduri Sambut Menantu Disember Ini

25-10-2022 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1697| Komen: 7

Selepas tiga hari kisah rumah tangga Abang Viva atau Azwan Omar hangat menjadi bualan ramai, akhirnya kekusutan yang timbul berjaya diselesaikan.

Berita gembira itu tentunya melegakan peminat aktivis banjir berkenaan yang mengikuti rapat perkembangannya selama ini.

“Alhamdulillah, segala perselisihan faham diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Saya wakil daripada seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi,” katanya menerusi Facebook pada Isnin.



Menerusi posting sama, Azwan meminta orang ramai tidak lagi mengecam mana-mana pihak dan membiarkan isu membabitkan keluarganya diselesaikan secara tertutup.

“Saya berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan. Biarlah apa yang berlaku dan apa yang kami bincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami.

“Terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua dan saya juga berharap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.

“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu Azwan berkata dia merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya pada Disember depan.

Selain itu dia memohon maaf kepada pelanggan perkhidmatan cuci kereta yang diusahakannya kerana tidak dapat beroperasi buat seketika.




“InsyaAllah, majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini.

“Maaf juga kepada customer saya sebab tak dapat datang untuk basuh kereta anda dan mungkin saya bercuti dalam satu atau dua hari lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya,” ujarnya.

Dalam posting sama, Azwan turut memuat naik foto bersama keluarganya termasuklah isterinya, Evanoza Zakaria.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober lalu.

Terdahulu, konflik yang berlaku bermula apabila seorang wanita dipercayai merupakan kakak Azwan iaitu Fauziyah Omar membuat satu hantaran di Facebook.

Dalam posting tersebut, Fauziyah menyatakan bahawa Azwan berkahwin tanpa restu keluarga dan telah mengabaikan orang tuanya sejak berkenalan dengan si isteri. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 25-10-2022 10:11 AM
dah berdamai ke, belum berdamai ke...orang tetap ingat sampai bila-bila yang keluarga kau, adik-beradik kau, bini kau, semuanya toksik termasuk kau bang...hati maknusia lain-lain... kau pilih nak fame, kau hadaplah semua benda privacy kau kena share nanti...
Quote KamikuP 25-10-2022 03:24 PM
Sempat promot perkhidmatan cuci kereta ye bang.. ekekek
Quote sangbara2020 25-10-2022 04:06 PM
lepas ni kalau banjir dia bwk bini dia lah kan
dan kalau dia bukan abg viva...netizen xhadap pun cerita kau gaduh dgn family kau..
Quote Omai 25-10-2022 04:13 PM
masalahnye skrg.. perlu ke?
Quote rogayahtop 26-10-2022 09:25 AM
alhamdulillah.
dah bergaduh2 online pun boleh je cemolot balik.






Quote TabletSusu 26-10-2022 09:29 AM
yg mana 1 kakak dia yg start bukak citer kat fb aritu? ada ke dlm gambar tu?
Quote rosedemon 26-10-2022 09:40 AM
dah glemer sume masalah family sebok nk cte kat socmed org xnak tau lah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.141185 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top