CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 TPM Bukan Satu Pembaziran - Ahmad Maslan

24-10-2022 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1754| Komen: 25

Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) masing-masing dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang akan diwujudkan Barisan Nasional (BN), disifatkan bukan suatu bentuk pembaziran, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.


Menurutnya, jawatan TPM itu dilihat lebih baik berbanding empat menteri kanan yang ada masa kini.

"Ada orang kata, jawatan tiga TPM ini adalah satu pembaziran, namun pada pandangan saya, kita boleh hentikan empat jawatan menteri kanan dan digantikan dengan tiga TPM.


Perak Insights

"Jika dianggap besar, kita boleh kurangkan gaji dan elaun mereka supaya tidak terlalu besar.


"Tiga TPM ini dilihat sebagai pilihan lebih baik, terutama di Sabah dan Sarawak kerana dapat membantu Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali di kediaman Ketua MIC Bahagian Pontian, Ajit Johl di sini pada Isnin.

Pada Ahad, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak diletakkan dalam manifesto BN Sabah.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan agar manifesto BN Sabah dapat mencadangkan kepada Perdana Menteri jika parti itu dominan membentuk kerajaan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada 27 Ogos tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan jawatan empat menteri kanan.

Mereka ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pontian itu lagi, cadangan jawatan TPM di dalam manifesto BN itu merupakan 'game changer' BN berbanding parti-parti lain yang bertanding pada PRU15 kali ini.

"Kita tahu bahawa selama ini tidak pernah diberi peluang kepada Sabah dan Sarawak bagi jawatan Perdana Menteri dan TPM. Tetapi kali ini, di dalam manifesto BN, jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak telah diumumkan oleh Presiden UMNO.

"Perkara ini pastinya merupakan sesuatu yang cukup untuk rakyat di Sabah dan Sarawak," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 24-10-2022 05:40 PM
ph: kecikkan kabinet + kecikkan gaji
bn: besarkan kabinet
Quote PanadolExtend 24-10-2022 05:41 PM
Yelah sebab tak guna duit diaa
Quote adeqbun 24-10-2022 05:43 PM
Xmembazir kalau gaji dan elaun bwh 2k je..
Quote Nurdianah 24-10-2022 05:52 PM

Quote ezacbee 24-10-2022 06:04 PM
Kalau menang BN mesti makin ramai menteri kabinet. TPM pun nak 3 org...

Quote bakingsoda 24-10-2022 06:21 PM
ezacbee replied at 24-10-2022 06:04 PM
Kalau menang BN mesti makin ramai menteri kabinet. TPM pun nak 3 org...

pastu setiap eko tpm lantik lagi punaisihat
Quote manehnya 24-10-2022 06:25 PM
Ntah pape la dia nii
Quote kakikuDibibirmu 24-10-2022 07:31 PM
Nasi Goreng Ridsect tersenyum sinis

79_3000_0.jpg
Quote Belibis 24-10-2022 07:32 PM
Baik jawatan PM jadikan 3 ..lagi masyukkk..
Quote airmineral 24-10-2022 07:55 PM
timbalan PM dgn timbalan menteri mmg xde fungsi kan?
Quote CiliPadiSedap 24-10-2022 08:04 PM
gila kuasa da 3 jawatan tpm. rakyat susah derita. belum menang dah tunjuk belang
Quote kotakominami 24-10-2022 10:19 PM
Gaji kurang pon diaorg bole senyum lg..janji sain diorang laku buat lulus tender....
Kan dah ade menteri besar/ timb. tiap negeri...tak ckup lg ker...
Quote missyL 24-10-2022 10:21 PM
X membazir mende.
Bayo gaji menteri2 skang pn membazir
Ape pn x buat
Barang mahal pn xleh nk wat ape

3 tpm klo gaji min ok la
1500 sorang
Quote ResellerMaxis 24-10-2022 10:25 PM
2 Tpm dah lah. Pm semenanjung, tpm sabah n sarawak.

Lagi baik kalau sabah/sarawak pm terus
Quote alesandra 24-10-2022 10:27 PM
Kerajaan pintu belakang telah membuktikan sesungguhnya kita tidak memerlukan tpm
Quote tripleid 24-10-2022 10:28 PM



Quote Solokkk 24-10-2022 10:29 PM
Kepala hotak ko
Quote eyansss 24-10-2022 10:51 PM
ridsect mana???  gigil je tangan ni nak spray kat menteri2 bengap ni…
Quote Zazama 24-10-2022 10:54 PM
Apo la...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.048847 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top