Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengesahkan bahawa tiada hadis yang kononnya menyatakan wanita suka membebel suami akan menjadi anjing di akhirat kelak.
Menerusi hantaran terbaharu dalam laman sesawang rasminya, agensi itu merujuk persoalan berhubung dakwaan ada hadis sedemikian ke atas isteri yang menjerit ke atas pasangannya. “Setelah dilakukan carian, maka tiada ditemukan mana-mana karya hadis muktabar mengenai isu wanita itu bertukar menjadi anjing yang menggonggong pada hari akhirat nanti,” katanya.
Bagaimanapun kata PMWP, ada hadis dikumpulkan Imam al-Suyuti dalam karyanya Lubab al-Hadis mengenai perempuan meratapi jenazah akan berubah seperti gonggongan anjing, namun periwayat hadis itu tidak menyatakan sebarang sanad atau rantaian perawi hadis ini dengan sekadar menyebut Sabda Nabi SAW sebelum menyebutkan matan atau teks hadis. Perkara berkenaan diletakkan beliau di bawah bab larangan meratapi ke atas mayat serta mendakwa hadis dimuatkan dalam kitab itu merupakan hadis yang ada sanad sahih diyakini. Beliau membuang sanad untuk menjadikan keseluruhan cuma ada 40 bab dengan setiap bab hanya mengandungi 10 hadis yang dihimpunkan serta disahkan Syeikh Nawawi al-Bantani. “Hadis ini bagaimanapun dirujuk Imam Ibn Hajar al-Asqalani adalah daif kerana Imam Ibn Hibban pernah kritik perawi Sulaiman Daud al-Yamani sebagai ada masalah,” kata PMWP. Agensi tersebut menyimpulkan bahawa meskipun tiada dijumpai hadis berhubung isteri yang suka membebel atau menjerit di hadapan suami, namun tetap ada pengajaran boleh diambil. Antaranya ujar PMWP, perlu ada sikap saling memahami dan menghormati antara pasangan agar suasana rumah tangga yang terbina itu akan menjadi lebih ceria dan perkahwinan harmoni. Ia turut menasihatkan suami isteri agar elak mencari kesalahan dilakukan pasangan kerana situasi itu akan mengundang pertelagahan. Sumber: UTUSAN |
sekngucing replied at 24-10-2022 09:52 AM
gong gong gong gong!
dua_chzy replied at 24-10-2022 06:38 PM
Hahaha teringat Sajat. Tapi malas carik video.
batu kikir replied at 24-10-2022 06:44 PM
Tak de lak hadis palsu yg menyatakan lelaki akan jadi babi sebab tak beri nafkah isteri dan anak2
batu kikir replied at 24-10-2022 06:44 PM
Tak de lak hadis palsu yg menyatakan lelaki akan jadi babi sebab tak beri nafkah isteri dan anak2
azimodin: Paling sedih bila bapak2 yg berpangkat besar dalam glc/mnc sanggup bagi duit belanja 4-5 ratus untuk belanja anak. Habis duit kat hobi, awek & bakal a ...
dua_chzy replied at 24-10-2022 06:38 PM
Hahaha teringat Sajat. Tapi malas carik video.
missyL replied at 24-10-2022 10:24 PM
Amboi
Pastu laki biawak ape plk jadi nti
Laki biawak pakej curang n hodoh
batu kikir replied at 24-10-2022 06:44 PM
Tak de lak hadis palsu yg menyatakan lelaki akan jadi babi sebab tak beri nafkah isteri dan anak2
ADVERTISEMENT