CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dikecam Tiru Iman Troye, Dina Nasz Ada Identiti Sendiri

24-10-2022 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2748| Komen: 19

Kehadiran pendatang baharu iaitu Dina Nasz sepatutnya dapat merancakkan industri hiburan tempatan namun namanya sudah terpalit dengan kontroversi.


Dina atau Nur Addina Mohd Nasron, 20, didakwa meniru konsep dan genre lagu penyanyi Iman Troye menerusi single pertamanya yang berjudul Cita.


IG Dina

Menjawab mengenai dakwaan tersebut, wakil Todak Music iaitu Balqis Zairul Nizam menjelaskan Dina tidak meniru Iman sebaliknya penyanyi baharu itu mempunyai identiti tersendiri.

Jelas Balqis, genre bagi lagu milik Dina dengan Iman jauh berbeza memandangkan Cita mengetengahkan rentak balada dan jazz.


"Lagu ciptaan Kidd ini memang digubah secara eksklusif dan bersesuaian dengan personaliti Dina dan tidak timbul isu meniru sesiapa.

"Cita mengetengahkan genre balada dan jazz, berbeza dengan penyanyi lain," katanya.

Tidak hanya itu, konsep muzik video lagu berkenaan juga turut dikatakan mempunyai persamaan dengan Iman.

Balqis menjelaskan, tidak timbul isu meniru kerana muzik video lagu tersebut berinspirasikan Kpop.

Sebelum ini, muzik video lagu Cita ini menjadi perbualan warganet apabila miliki konsep poster dan muzik video yang menggunakan elemen warna, pemakaian serta tarian yang hampir sama dengan lagu Teman oleh Iman Troye.



Untuk rekod, Dina merupakan artis baharu naungan Todak Music yang pernah muncul sebagai pemenang program Open Stage Muzik Muzik 35 pada 2020.

Bagaimanapun disebabkan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, baharu sekarang Dina dapat melancarkan single pertamanya yang mengisahkan tentang seorang wanita dicurangi oleh teman lelakinya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 24-10-2022 12:15 PM
Dgn satu lagu ni... Banyak benda boleh complain ni...
Dgn reaction kau mcm tu, mesti tak pernah ada bf curang kan...
Quote Perawankota 24-10-2022 03:14 PM
Sore dah lebih kurang.. Dress up tu mmg skang tgh in utk gang2 mcm dia. Bosan lah lagu2 mcmni.. Anak Azhar Sulaiman pon boleh buat lagu mcmni..
Quote KirazMevsimi 24-10-2022 03:41 PM
banyak persamaan
Quote codenamedream 24-10-2022 03:45 PM
Iman Troye ada daya penarik walaupun sheols Vida Jr.
Dina mcm X menarik
Quote PanadolExtend 24-10-2022 04:42 PM
Nasz = Nasron rupanyahhh
Quote bakingsoda 24-10-2022 04:54 PM
wey asal kena curang tapi vibe lagu happy sambil sengih2, tapi lagu ni sangat la material tiktok/reels yg org akan sengaja guna sbb annoying
Quote Mary_jane 24-10-2022 05:08 PM
Sedap juga tone suara dia. Melodi ala2 lagu Soraya yang macam suara Amy Mastura dulu. Tapi duduk ke baring tu tak payahlah terkangkang.
Quote BedahBedul 24-10-2022 06:08 PM
Nexttttt!!! [em:10:]
Quote diamondhoney 24-10-2022 06:26 PM
Budak2 tiktok yg lalu kt timeline iols mostly muka and style cenggini..lebih kurang..letak sebelah2 pun takleh nak beza yang mana satu.. Sepesen
Quote virgo19 24-10-2022 06:56 PM
Gemok la dik.. tak nampak comel. Kalau iman troye kurus, menari nampak comel walaupun annoying tgk mulut dia nyanyi
Quote bulanbulat 24-10-2022 11:46 PM
bakingsoda: wey asal kena curang tapi vibe ...


I pun perasan. Dahlah lagu lemau. Tapi tone sora dia sedap
Quote DeLuna85 25-10-2022 12:53 AM
Tak dengar lagu. Tgk gambar je pun dah tau memang copy iman.
Quote jari10 25-10-2022 08:06 AM
Mary_jane: Sedap juga tone suara dia. Mel ...


Dan jangan jelir lidah camtu.. nampak macam …………….
Quote rayray28 25-10-2022 09:06 AM
Tp suara dia cm sedap gk
Quote prince_marhaen 25-10-2022 09:09 AM
bebeudak sekarang memang style acik-acik 40s nak pergi seminar keusahawanan ke pakai blazer gitu je style diorang...tudung lilit, make up macam yindon...
Quote dudaberhias 25-10-2022 09:12 AM
apa yang tiru iman troye nya??? sebab dedua muka jawa timur leluhur yindu majapahit kah...

kalau setakat buat MV tema pastel2 gitu di katakan tiru nampaknyaa netizen2 tu baru tengok satu dua MV je kot di dunia ni... ataupun maybe sebab style shooting kamera pusing2 tu kan... sama macam MV vidah troye...
Quote pembacagosip 25-10-2022 11:23 AM
nguapan skala 10
Quote lemak_masin 25-10-2022 02:18 PM
Agak sama gak time gaya menari tu
Quote Sazreena 25-10-2022 04:07 PM
Buhsaaaannn

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.096894 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top