CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pecah Peti Keselamatan, Remaja Curi Duit Nenek Dan Edar Kepada Rakan Sekelas

24-10-2022 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 889| Komen: 3

Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri Florida, Amerika Syarikat mengedarkan wang tunai bernilai beratus-ratus dolar kepada setiap seorang rakan sekelasnya yang dicuri daripada peti keselamatan milik neneknya, lapor stesen penyiaran NBC News semalam.


Polis daerah Marion bertindak balas ke lokasi kejadian di Sekolah Menengah Lake Weir di Summerfield, Khamis lalu, selepas menerima beberapa laporan mengenai seorang pelajar memberikan wang kepada rakan-rakan sekelasnya.


Gambar hiasan

Pegawai sekolah yang menjalankan pemeriksaan ke atas beg pelajar berusia 14 tahun itu menemui wang tunai berjumlah kira-kira AS$2,500 (RM11,847), kata timbalan polis. 


Remaja perempuan berkenaan pada awalnya mendakwa dia menerima wang tersebut daripada seorang bekas pelajar lain yang memintanya membantu mengedarkan wang itu.

Polis kemudian mendapati bahawa dia sebenarnya memecah peti keselamatan milik neneknya di rumah dan mencuri wang simpanan berjumlah kira-kira AS$13,500 (RM63,975). 

Nenek pelajar berkenaan memberitahu bahawa wang itu adalah hasil daripada jualan sebuah rumah miliknya, selain remaja tersebut mengaku memecah peti keselamatan tersebut menggunakan pemutar skru dan pencungkil besi.

Remaja tersebut tidak memberitahu sebab dia mengambil duit itu dan memberikannya kepada rakan-rakan sekelasnya, namun mengakui menyerahkan wang tersebut di sekolah dan perhentian bas.

Dia kini berdepan dakwaan mencuri sejumlah wang yang besar. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 24-10-2022 12:36 PM
Dia nak perhatian kot.. Nak popular di sekolah
Quote krustykrab 24-10-2022 12:55 PM
Teringat kwn iols, masa anak nya sekolah rendah, diacuri duit kwn iols ratus² pi agihkn kat kawan² kt sekolah.
Quote Perawankota 24-10-2022 03:14 PM
Kesian neneknya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036150 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top