CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pejabat Bina Gelongsor Untuk Pastikan Pekerja Kekal Muda Di Hati

23-10-2022 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1685| Komen: 17

Sebuah pejabat di barat daya China bagaimanapun tampil dengan inisiatif luar biasa bagi para pekerja ‘mengenang’ zaman muda dengan mewujudkan sebuah gelongsor yang boleh digunakan selepas tamat waktu kerja.


Beijing Youth Daily melaporkan bangunan berusia 40 tahun terletak di pusat bandar Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan telah diubah suai dengan memiliki 11 buah gelongsor yang menghubungkan tingkat berasingan.


SCMP/Xiaohongshu

Qian Yi, individu yang bertanggungjawab di dalam projek gelongsor ini memaklumkan idea reka bentuk terhasil agar pekerja sentiasa kekal muda di hati dan menambahkan lagi keseronokan di pejabat.


Tambah Qian, reka bentuk juga telah mengubah bangunan itu menjadi lokasi tumpuan ramai mengambil foto.


SCMP/Xiaohongshu

Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada projek ini berjaya memandangkan ia masih dalam tempoh percubaan dan belum bersedia untuk digunakan.

Terdahulu, bangunan itu pada asalnya dibina pada 1982 dan telah berfungsi sebagai ruang pejabat untuk sebuah syarikat seni bina.

Sementara itu, Qian memaklumkan ada perancangan untuk memasang kusyen berhampiran dan sekitar gelongsor untuk menambah baik tahap keselamatan.


SCMP/Xiaohongshu

Pihak pengurusan juga meletakkan papan tanda amaran "dilarang memanjat" dan "menggelongsor dalam posisi duduk" di pintu masuk gelongsor.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nham22 23-10-2022 11:09 PM
Uih... Buayan buatla sekali.. Dpt reles tension
Quote Adrif 24-10-2022 12:07 AM
Nham22 replied at 23-10-2022 11:09 PM
Uih... Buayan buatla sekali.. Dpt reles tension

kan.. bestnya kalau ada jenis bulat gini 2-3 bijik kat floor
sambil check kat phone ke, hantar report ke, goyang2 kaki. takdela tunduk je kat meja
takpun waktu break, lepak kat swing je kalau malas makan.. huahhh





Quote becir 24-10-2022 01:56 AM
Alahai.. infrastructure jela camni, tapi keje tetap totok, layan orang cam robot.
Quote harisbee 24-10-2022 09:41 AM
X kan baju cantik2 nak guna gelongsor ni..
Quote lattehazelnut 24-10-2022 09:47 AM
Panas bontot kalau tgh hari naik besi cmtu..
Yg skirt lg lah melecet kang..
Quote kotakbaju 24-10-2022 09:51 AM
Bukan ofis google ke ada infrastructure camni ke iols silap yang iols ingat opis diorang memang best suasana tak tipikal cam opis2 lain yang kena dok stay kat meja hadap komputer dari pagi sampai ke petang
Quote supernaturalee 24-10-2022 09:53 AM
It looks fun

Quote mojarean_X 24-10-2022 09:56 AM
Time pun adalah Priya-March-2019-TIME-Ofiice-SPAW-Provided.jpg
Quote rospinki 24-10-2022 10:00 AM
Bestnya..
Deleted my komen earlier
Quote SalenaGomez 24-10-2022 10:04 AM
harisbee replied at 24-10-2022 09:41 AM
X kan baju cantik2 nak guna gelongsor ni..

Depa ni mesti pakai casual ya..collar tshirt+jeans ke

Byk dah company malaysia buat mcm ni…hari ada meeting je pakai proper
Quote Kurex 24-10-2022 10:08 AM
Bestnya. Opis iols ramai orang tua, pemikiran masih stuck era 90an
Quote matamata 24-10-2022 10:08 AM
Kat Beijing kot...most of the time tak panas mcm kita...sejuk ada la
Quote kotakominami 24-10-2022 10:28 AM
Aah..betul.yg pakai smart 24 jam ni kat megah holding je...anak bos aku pagi dtg kija kayuh beskal pakai boxer dgn singlet je...ade sekali tu dia tgh duk kat tepi guardhouse dtgla JAS buat spot check..diorang ingat dia vietnam siap ckp2 pakai bahasa isyarat...pastu masuk meeting dia dah tukar baju baru la nampak mcm seo kang jun...
Quote tri-max 24-10-2022 11:35 AM
huishh best ni, kalau boss cari boleh cakap "i tgh gelongsor nih, pas tu nak sambung main buai'
lepas lunch i kat meja okehhh
Quote che-cikL 24-10-2022 05:17 PM
Yg iols pernah masuk kat AirAsia pun ada gini. My colleagues yg muda2 yg ikut iols semua sempat turun gelungsur seround. Iols duk try dlm sleeping tube je, diorang ambik gambar iols 'jangan tidak' kata org
Quote Buritan 25-10-2022 09:19 AM
Nham22: Uih... Buayan buatla sekali..  ...


Sambil berbuai smbil nyanyi aku nak kawin dgn ceo.. aa gittew
Quote DayangKirana 25-10-2022 12:08 PM
opis iols takde harapan la nk wat gini.. some top2 boss still ade yg from baby boomers era..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068225 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top