CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yana Cadang BN Guna Model Era Najib Selesaikan Isu Kampung Baru

23-10-2022 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1566| Komen: 6

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mencadangkan kerajaan untuk menggunakan model pembangunan semula yang pernah dilaksanakan bapanya bagi menyelesaikan isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur.


Beliau berkata, model dimaksudkan itu adalah pelan pembangunan semula kerjasama awam-swasta yang berjaya dilaksanakan sebelum ini untuk projek Residensi Kerinchi dan 1Razak Mansion yang juga terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.


FB Yana

Menurutnya, cadangan penyelesaian itu membabitkan pemilik kediaman di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sungai Baru di Kampung Baru yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan diterima kerana dianggap tidak mencukupi bagi membolehkan mereka membeli kediaman baharu.


“Saya harap BN akan pertimbangkan untuk menggunakan model sedia ada pada era Najib Razak bagi menyelesaikan masalah penghuni flat PKNS Kampung Sungai Baru dan juga untuk semua projek pembangunan semula flat lama seluruh negara sekiranya BN menang Parlimen Titiwangsa dan PRU15 secara keseluruhannya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Nooryana berkata, melalui model tersebut, penghuni asal flat Residensi Kerinchi dan 1Razak Mansion mendapat gantian kediaman baharu di pangsapuri dengan keluasan dan nilai unit lebih tinggi yang dibina di tapak asal.

Pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang terletak di bawah Parlimen Titiwangsa adalah membabitkan kawasan penduduk yang menetap di dua jenis kediaman iaitu Flat PKNS dan rumah di tanah persendirian.

Difahamkan, 70 peratus pemilik di kawasan terbabit didakwa bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu dan menurunkan tandatangan.

Pada Ogos 2021, segelintir penduduk yang belum menurunkan tandatangan menerima notis siasatan di bawah Borang F, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang diminta hadir secara giliran pada 23 hingga 26 Ogos untuk diambil keterangan penilaian oleh PTG.

Pada Julai 2021, penduduk di Kampung Sungai Baru menerima surat Warta Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.

Namun, difahamkan segelintir penduduk tidak bersetuju dengan pampasan ditawarkan, iaitu RM240,000 hingga RM260,000 bagi unit flat dan kira-kira RM400 sekaki persegi bagi kategori rumah teres.



Dalam pada itu, Nooryana berkata, isu pembangunan semula tanah di kawasan Kampung Baru dijangka akan digunakan oleh calon bakal bersaing di Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad antara nama dijangka turut bersaing merebut kerusi Parlimen Titiwangsa ialah Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 23-10-2022 11:07 PM
Apsal lah susah sgt, bayar jer lah ikut yg FB Najib ckp tu...ikut nilai pasaran..

Xkan nk bayar murah, KLCC dok sepelaung jer di sebelah bleh RM3000psft kata Najib....xkan lah tanah Kg Baru RM1,000 sft
Quote Mulotkoyak 24-10-2022 10:04 AM
Kebanyakkan rumah orang melayu yeee yg kne kacau. Termasuk pembinaan mrt ke kawasan Ampang di pandan indah tu. Majoriti 90% umh melayu. Pelik ak cara dorg nk musnahkn penduduk asal melayu. Bijak yeee bangsa ni halau. Bayar pampasan plak sangat rendah. Tp kalo bab ko menjual juta plak tuh. Lahanat btol. Yg kawasan dmnsara tu bole plak ko batalkn projek. Sbb situ ramai org elit kn. Ape kata anda...?
Quote kakigebang 24-10-2022 10:34 AM
sibukla anak banduan ni...mencapub.. time bapak kau jd PM knp bodoh tak mo buat
Quote 3chanceno 24-10-2022 10:59 AM
Dia kopipes apa yg apak dia dah tulis & passed to her untuk upload?

Dulu kala mana ada dia sibuk pasal politik nie, maklumlah hidup bak princess
Quote cikatilia 25-10-2022 09:43 AM
yana dah bayar ke tax 10.3 juta tuh
Quote reenz013 25-10-2022 09:49 AM
ye ye o je anak najib ni...time apak ko jd pm np x nk byr rege sama mcm klcc...ni idak..kurangkan rege lg la...time khalid sama pun sama...850 ke 1200 sqf

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.182591 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top