CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Tak Lawan, Anwar Tak Anggap Azmin Sebagai Pengkhianat?

23-10-2022 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1507| Komen: 6

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), media sosial ‘kecoh’ apabila sebahagian netizen terkejut dengan keputusan itu, manakala segelintirnya teruja.


Malah, tanda pagar nama Anwar (#Anwar) dan Tambun (#Tambun) menjadi sohor di Twitter sejak pengumuman itu dibuat Khamis lalu.

Dengan keputusan itu, Anwar akan bertembung Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, manakala parti lain masih belum membuat pengumuman rasmi berhubung calon bakal dipertaruhkan di situ.


FB Anwar

Menerusi tinjauan Getaran di platform media sosial itu, ramai melahirkan kekecewaan kerana mereka mengharapkan pertembungan antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, dengan mantan anak didiknya yang kini menjadi seteru beliau, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Gombak.

Lebih membuatkan mereka berharap mengenai pertembungan itu, apabila Anwar sebelum ini memberi bayangan akan bertanding di kerusi disandang ‘pengkhianat’ yang menjadi punca di sebalik Langkah Sheraton, sehingga menyebabkan kerajaan PH hanya mampu bertahan 22 bulan mentadbir negara.

Walaupun sememangnya ada ura-ura Anwar akan ke Tambun, ia dianggap sekadar khabar angin kerana terdapat lebih banyak kerusi mencabar untuk beliau tandingi.

“BERSATU juga pengkhianat kepada PH. Adakah ini bermakna Anwar tidak menganggap Mohamed Azmin sebagai pengkhianat?” soal @isacjohore.

“Kenapa tidak bertanding di Gombak dan memberi saingan kepada Azmin?” kata seorang pengguna.

Bagaimanapun, ada segelintir pengguna termasuk Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan percaya Tambun adalah kerusi sukar dan Gombak dimenangi pembangkang sejak 2008 biarpun ia disandang Mohamed Azmin sejak tiga penggal lalu.


FB Azmin/Anwar

Sementara itu, ada netizen menempelak tindakan Ahmad Faizal yang dilihat ‘memperkecilkan’ keputusan Anwar untuk bertanding di kerusi itu, malah dilihat memerli Presiden PKR terbabit.

Terdahulu, Ahmad Faizal menerusi video di Facebook menyindir Anwar berhubung penggunaan loghat tempatan di Tambun berbeza dengan di tempat lain.

“Hi assalamualaikum, bagi mereka yang hendak berhijrah dari tempat lain, dari satu tempat ke satu tempat dan nak datang ke Tambun, saya nak beritahu sikit.

“Di Tambun kita sebut ayor, dengar betul-betul…ayor bukan ayaq…terima kasih, selamat datang,” sindirnya.

Selain itu, ada pula netizen menyifatkan pertembungan sebenar di kerusi Tambun bukan membabitkan Anwar dan Ahmad Faizal, sebaliknya antara mantan Timbalan Perdana Menteri berkenaan dengan calon BN.


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 24-10-2022 10:12 AM
Tips pergi undi.
1. Kenali calon disitu.
2. Korek maklumat dan info serta kejayaan beliau dlm memberi sumbangan.
3. Jangan lupe korek juga keburukan yg memberi korang rase xselamat.
4. Parti mana pun yg bertanding jgn kesah.
5. Yg majoriti adalah yg paling byk berjasa ketika rkyt susah.
6. Tolak calon yg ada sentimen bangsa, perli, mulot longkang dan rasuah.
7. Tolak pemimpin bkn utk rkyt tp utk bisness.
8. Parti mana sekalipun kalo majoriti bole buat kerja malaysia akan maju.
9. Educated.
10. Muda lg la kalo bole. 70 keatas xpyh undi dh.
Quote kakigebang 24-10-2022 10:37 AM
jeminni dh dilabel gunting dlm lipatan...hantar je sesape pun boleh menang..ramai org tak suka jemin...
Quote Metana 24-10-2022 10:49 AM
Tidak dinafikan selain mengkhianati pengundi di PRU terdahulu, Azmin masih ada tempat di hati pengundi Gombak. kerana sering turun padang di Gombak. Laluan sukar untuk Anwar.
Quote tri-max 24-10-2022 10:51 AM
anwar tak mo kerja susah ...iyelah utk umur 70 tahun , benda2 yg boleh buat stress baikla dielakkan
Quote Aikiko 25-10-2022 02:59 AM
Setuju semua diatas ex.no.10
Mati tak kira umur cth: atuk fossil
Quote sangbara2020 25-10-2022 07:48 AM
baru malam td mak mentua aku kemahen puji jemin
aku pun balas la dia nih jenih tikam belakang
terus terdiam org tua tu...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.339062 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top