CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lawanya Izara Pakai Baju Kurung Tanpa Gosok!

23-10-2022 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10039| Komen: 93

"Lawanya…," itu antara pujian diterima pelakon Izara Aishah ketika mengenakan busana jenama pakaian tempatan yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tanpa Gosok', Sabella.


Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pemilihan pelakon popular itu adalah bagi menjayakan kempen koleksi baharu Sabella Royal Batik.


IG sabella_co

"Selepas sekian lama, Sabella kembali bekerjasama dengan selebriti untuk koleksi terbaharu. Diakui, ada ramai nama artis wanita dalam senarai, tapi akhirnya kami memilih Izara. 

"Tidak dinafikan, sejak dia membuat penghijrahan, penampilan Izara sentiasa menjadi perhatian ramai.


"Jadi, kami berasakan untuk kempen koleksi baharu ini nak bekerjasama dengan dia. Malah, kualiti yang kami ketengahkan selama ini pastinya bertepatan dengan cita rasa Izara seterusnya untuk seluruh masyarakat dan pelangggan setia Sabella khususnya.


IG sabella_co

"Dalam masa sama, status Izara sebagai ibu dan wanita bekerjaya pastinya bertepatan degan tagline yang kami bawakan iaitu Baju Kurung Tanpa Gosok. Tak perlu ambil masa lama, tentunya ia sangat memudahkan," katanya.

Menurut Mohd Sufian, bekerjasama dengan Izara satu lagi pengalaman berharga buat jenama Sabella.


IG sabella_co

"Alhamdulillah, kesudian Izara untuk bekerjasama dengan dalam menjayakan kempen koleksi terbaharu ini sangat kami hargai. Ia satu lagi pengalaman berharga buat pasukan Sabella. Dia sangat profesional, jadi semuanya berjalan lancar," katanya.
 

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 24-10-2022 12:54 AM
lawa mmg lawa
tp dia ada urat lahanat mulut bisa[em:29:]
Quote nakkomenjugak 24-10-2022 12:55 AM
orang lawa pakai apa pun lawa
kalau iol pakai gitu udah serupa acik 50an
dengan corak ala2 uniform cikgu tadika
Quote SpyLeman 24-10-2022 12:57 AM
Itu je la yg boleh disebut2 psl dia ni...sbb lawa je la blh sambar anak orka, harapkan perangai, mulut hangsuang....hhhmmmm ...lahanaaattt manjang dia berzikir
Quote 3chanceno 24-10-2022 09:47 AM
Apa ada pada rupa, kalau akhlak tidak seiring
Quote wallflower 24-10-2022 09:47 AM
Kenapa korang nak sgt 'baju tak perlu gosok' tp kain panas ya ampun. Tonyoh je lah dkt iron tu sekejap, nak cantik bergaya mmg perlukan masa.
Quote Bumbu 24-10-2022 09:50 AM
wallflower replied at 24-10-2022 09:47 AM
Kenapa korang nak sgt 'baju tak perlu gosok' tp kain panas ya ampun. Tonyoh je lah dkt iron tu sekej ...

Tonyoh skali mulut dia kat iron suka sgt lahanatkn org
Quote xtinkerbellx 24-10-2022 10:23 AM
Huduhnye corak. Muke lawa je yg boleh pakai ni
Quote hashashes 24-10-2022 10:26 AM
Jangan lahar dia yach nanti setepek lahanat kena kat muka tak sync betul muka dan percakapan
Quote diamondhoney 24-10-2022 10:42 AM
Sheols dah tak lawa semenjak cemolot ngan jahpamtek
Quote matjerk 24-10-2022 11:40 AM
Lawa tak ternampak lawa.. sebab hati tak lawa... hati yg lawa tak kan keluar perkataan2 berbisa... rasa ngilu tau baca   

Kecuali hang dah biasa menzikirkan perkataan itu sejak kecik..hang tak kan rasa apa2..
Quote BarbiePink 24-10-2022 11:44 AM
mmg tak leh  iols nak beli
Nampak buruk baju tu yach
Dek kerana yg pakai pun
Suka hanat ken org
Quote DragonSari 24-10-2022 11:45 AM
Baju tak lawa..sekian
Quote DragonSari 24-10-2022 11:46 AM
Bumbu replied at 24-10-2022 09:50 AM
Tonyoh skali mulut dia kat iron suka sgt lahanatkn org

Aku setuju hat ni haha
Quote syamzana 24-10-2022 11:50 AM
baju tu huduh tp sbb izara pakai nmpk cun kikiki.
iols beli tdg sabella 2lai konon support biras&sil raya 2thn lepas dah la order before puasa dpt 2/3 hari before raya. katanya byk sgt order giteww.

bukak je alahaiiiii sedihhhhh. smpai skrg dok dlm plastik nak bg org pun x gamak. warna darak ulu pueh contrast sgt dari iklan, kain lembek melepek didahi.
overrated sgt sabella ni
Quote LostStar 24-10-2022 12:18 PM
Mana yg lawa? Outdated la haih..
Quote suka2 24-10-2022 12:21 PM
Tak lawanya baju. Corak baju asrama sangat.
Quote suka2 24-10-2022 12:24 PM
syamzana replied at 24-10-2022 11:50 AM
baju tu huduh tp sbb izara pakai nmpk cun kikiki.
iols beli tdg sabella 2lai konon support biras&sil ...

Nope. Izara pakai still takleh cover huduh baju tu. Outdated sgt mcm baju kumpulan kompang zaman dulu2 atau uniform pasukan nasyid sekolah tahun 90an je. Taktahu la kalau ada yg selera nak pakai baju corak gini.
Quote samshik 24-10-2022 12:26 PM
Lawa sebab yg pakai lawa.. Cer kalu ko xbp nak lawa.. Mmg hudohlahhh.. Ni kain lycra ke?? Kalu lycra lg hauk.. Pesan I olls rentikanla  beli kain mcm baju psr malam kat siam ni.. Skalipun chu olls pemalas namatey
Quote mizzmimi 24-10-2022 12:27 PM
suka2 replied at 24-10-2022 12:21 PM
Tak lawanya baju. Corak baju asrama sangat.

Khennn corak baju batik sekolah asrama bebudak pakai masa outing hahaha

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.387662 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top