CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bursa Malaysia Catat Lonjakan Sebab Ismail Sabri Jadi ‘Poster Boy’?

23-10-2022 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1261| Komen: 7

Tuah Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN, Bursa Malaysia turut menunjukkan lonjakannya minggu ini.


Misalnya pada Rabu lalu, Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya bagi hari dagangan keempat berturut-turut dengan indeks utama meningkat 1.05 peratus.



Lonjakan itu mendapat rangsangan daripada belian dalam saham perbankan seperti Public Bank dan CIMB melonjak 14 sen setiap satu masing-masing kepada RM4.34 dan RM5.39 sekali gus menyumbang gabungan 7.05 mata kepada indeks petunjuk pasaran.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM8.55, Petronas Chemicals naik lapan sen kepada RM8.63, IHH Healthcare menokok 13 sen kepada RM6.10 manakala TNB turun enam sen kepada RM8.14.


Dalam kalangan kaunter cergas, UEM Sunrise menokok satu sen kepada 20 sen, Bintai Kinden meningkat setengah sen kepada 9.5 sen, Top Glove turun 1.5 sen kepada 72.5 sen, Hiap Huat susut tiga sen kepada 13 sen, Careplus berkurangan dua sen kepada 40.5 sen dan Eduspec jatuh setengah sen kepada satu sen.

Dalam dunia saham, pakar menggariskan terdapat sekurang-kurangnya tujuh perkara yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan secara tempatan dan juga global.

Dalam tujuh perkara tersebut, ia merangkumi faktor politik dan pengumuman oleh Presiden UMNO dan juga BN mengenai kedudukan Ismail Sabri menjelang PRU-15, memberikan impak yang positif.

Hal ini sekali gus memberikan mesej bahawa pelabur saham mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Perdana Menteri dan kaitannya terhadap kestabilan persekitaran perniagaan.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 23-10-2022 10:17 PM
Indeks Hup Seng ditutup bercampur-campur di sebelah par dan indeks Renong di bawah par
Quote Mulotkoyak 24-10-2022 10:15 AM
Cakap xserupa bikin. Ringgit tetap jatuh dipersada dunia.
Quote CiliPadiSedap 24-10-2022 08:41 PM
kakikuDibibirmu: Indeks Hup Seng ditutup bercampur-campur di sebelah par dan indeks Renong di bawah par{ ...


campur2 adakah maksudnya biskut hupseng ada campur chipsmore campur biskut sandwich sedap2 dalam packet?  moga hupseng lawan munchies

Quote Nurdianah 24-10-2022 09:00 PM

Quote kemaruk 24-10-2022 09:06 PM
hidup UMNO

ternyata golongan korporat, berpendidikan,profesional lebih meyakini UMNO

yang sokong PH hanyalah acik2 peon result SPM cukup2 makan jah
Quote True-X 25-10-2022 06:17 AM
arap pak mail umum cuti jugak sempena PRU15ni.....

sabtu 19 nov mengundi..... isnin selasa tuh cuti la.... mcm PRU 14 ari tuh mcm tuh gak
Quote stingergrumpy 25-10-2022 07:09 AM
True-X replied at 25-10-2022 06:17 AM
arap pak mail umum cuti jugak sempena PRU15ni.....

sabtu 19 nov mengundi..... isnin selasa tuh cuti ...

ATTITUDE SUCKS

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.051430 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top