Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah sedang melakukan usaha pemindahan 547 orang penumpang dan kru feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang terkandas di Muara Kuala Kedah akibat air surut pada jam 4.15 petang tadi.
Pengarah Zon Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Noor Azreyanti Ishak berkata, terdapat beberapa penumpang mengalami sesak nafas dan telah diberi bantuan awal pasukan Medical Evacuation (MEDEVAC). “Operasi pemindahan penumpang dan kru feri sedang dilakukan ketika ini dengan menggunakan aset bot Maritim.
“Aset terlibat ialah Bot Perkasa 1224 Maritim Malaysia serta dibantu beberapa bot nelayan tempatan berikutan hanya bot kecil sahaja boleh merapat di feri tersebut dalam usaha untuk membawa penumpang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI. Sumber: AWANI
|
Perawankota: Mana tak pitam, kalau dah sesa ...
snowflakes replied at 24-10-2022 09:57 AM
Dulu2 ada banyak feri
eyansss replied at 24-10-2022 10:09 PM
pernah kena jugak… anak2 dah meragam… tapi nasib tak lama… tapi tersadai gak la dua jam… pas ...
ChildrenOfBodom replied at 24-10-2022 06:15 AM
Awat tak p thailand,?
tukul replied at 24-10-2022 10:21 PM
Roro tu eh...yg tu jeti nya dimana ye...kita pun boleh baring2 tido dlm kereta kan
eyansss replied at 24-10-2022 06:43 AM
dua2 jeti ada... tapi ramai advise guna yang kuala kedah punya sebab kata lebih mudah dan operato ...
ADVERTISEMENT