CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahaya Ada Merkuri, KKM Kesan Lima Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

23-10-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9812| Komen: 78

PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual yang seterusnya dilarang penjualannya di seluruh negara.


Produk-produk tersebut adalah Karisma Birds Nest Gel yang dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin, Haemun Cream (miconazole), Sweet 13 Skincare Treatment Cream, Ninaskincare Skin Puteh Moisturizer dan Skin Dessert Cream yang semuanya mengandungi merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang awam digesa untuk berhenti daripada membeli dan menggunakan produk-produk tersebut kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Foto: Kosmo


Menurutnya, notifikasi produk yang terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di di negara ini.

“Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan miconazole adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Noor Hisham, ydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Selain itu katanya, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala anti-fungal (miconazole) yang diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.

Beliau berkata, penggunaan merkuri pula dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.

“Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf selain mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

“Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” ujarnya.

Noor Hisham menegaskan penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk tersebut dengan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 23-10-2022 05:41 PM
Semua jenama tu Tak pernah dgr..jual atas talian guna agent gamak. Lama dah tak guna2 product gini. Guna jerlah bahan alami
Quote alieyrina 23-10-2022 05:48 PM
Skin desert tu popular jugak. Kat shope dia tunjuk lulus kkm. Kira baru diharamkan la ni
Quote Goodluckdontcry 23-10-2022 06:00 PM
Den ni b40 jer .tp xdela tergamak den nk pakai krim2 yg tah Dr MN .koman2 pun..setaraf dgn den jer..Safi..Wardah.. Garnier.. etc..atau senang cite, produk yg Ada Nama Dan established la.. biarla murah. Janji ok
Quote jas7512 23-10-2022 06:04 PM
Awatlah nak putih2..i yg putih ni suka tgk kulit org yg naturally tanned...nampak sihat...bkn ke yg penting sihat....kulit tu lama lg nak pakai klu hidup lama
Quote awenda507 23-10-2022 06:06 PM
Iols ada bli skin dessert coz sapot opismAte jual. Tp blm guna lg.aiyoo x lulus kkm ke ni
Quote cmf_jeangrey 23-10-2022 06:07 PM
Nama brand pun very pprt sis...inikan pulak nak percaya apa content dlm tu...dah tentu sedangkal intelligence foundernya
Quote CardiGans85 23-10-2022 06:14 PM
Mak aku pengguna setia Dnars. La ni aku nampak tompok hitam kat dah macam kena penumbuk kat muka dia. Dah lama minta stop
dan pakai la produk macam olay ke apa, malas nk cakap dah
Quote kotakominami 23-10-2022 07:12 PM
Skin desert tu yg lagu selalu kt radio....
Quote ultra78 23-10-2022 07:14 PM
Inilah produk founder-founder kosmetik yang tayang kemewahan di media sosial..
Quote Nurul8001 23-10-2022 07:14 PM
Skin desert pun?
Quote MissVixen 23-10-2022 07:23 PM
Benda dah lama pun masih ramai juga yang nak pakai. Putih tu tak semestinya cantik. Kalau kulit tu sihat, badan tak gemuk.... Itu pun jelita dan menawan. Sanggup ke nak ulang pusat dialisis tiap minggu. Kau nak pergi bercuti, bersuka ria pun tersekat sebab habis masa dan duit nak cuci buah pinggang. Bersyukur la dengan apa warna kulit tuhan bagi.
Quote glump 23-10-2022 07:25 PM
Banyak prengeluar Tak disclose atau half disclose bahan product mereka. Bahaya kat pengguna yg ada alahan atu nk avoid certain bahan.ayat bisa nk avoid paraben, Florida etc.
Quote rayriff 23-10-2022 08:06 PM
CardiGans85 replied at 23-10-2022 06:14 PM
Mak aku pengguna setia Dnars. La ni aku nampak tompok hitam kat dah macam kena penumbuk kat muka dia ...

Hitam tu dah agak bahaya sis. Boleh jadi kekal tu nanti..p
Quote rayriff 23-10-2022 08:08 PM
Kadang kita tak sedar bila kita pakai tu side effects dia long term. Tiba2 ade kanser, ade tu ganggu organ peranakkan pulak. Memang bahaya bahan kimia kat kosmetik sebab dia masuk ke salur darah
Quote cmf_premierleag 23-10-2022 08:14 PM
founder2 produk pun cam biasa la kan
mesti puak2 sskjp
brand pun x penah dengar...tetibe jd jutawan.ntah sapo membelinya ntah
ujung2 rupanya cuci duit jah sbb laki tokan dadah
Quote matamata 23-10-2022 08:16 PM
  • Karisma Birds Nest Gel yang dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin,
  • Haemun Cream (miconazole),
  • Sweet 13 Skincare Treatment Cream,
  • Ninaskincare Skin Puteh Moisturizer  
  • Skin Dessert Cream

Quote matamata 23-10-2022 08:16 PM
Agen je yg pakai....takpun tanam belakang rumah
Quote matamata 23-10-2022 08:26 PM
Edited by matamata at 23-10-2022 08:27 PM

Kenyataan Media KPK 23 Oktober 2022 – Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON OCTOBER 23, 2022
MAKLUMAN PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
1.       Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan
1.Karisma Birds Nest GelHydroquinone dan Tretinoin
2.Haemun CreamMiconazole
3.Sweet 13 Skincare Treatment CreamMerkuri
4.Ninaskincare Skin Puteh MoisturizerMerkuri
5.Skin Dessert CreamMerkuri
2.       Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
3.       Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan miconazole adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
  • Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
  • Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
  • Anti-fungal (miconazole) yang diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.
4.       Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
5.       Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
6.       Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
7.       Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
8.       Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Sekian.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 Oktober 2022

Quote minahsenget 23-10-2022 08:27 PM
never ending

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.414538 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top