CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perompak Tabur Wang Kertas Atas Lebuh Raya- Habis Semua Terbang, Sakan Orang Ramai Kutip

23-10-2022 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 830| Komen: 0

SANTIAGO – Satu kejadian rompakan yang berlaku di sebuah premis perjudian berhampiran ibu kota Chile, Santiago, berakhir dengan suspek bertindak melempar sebuah beg ke atas lebuh raya yang kemudiannya dihujani oleh wang kertas, lapor akhbar New York Post.


Dalam sebuah video yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV), suspek dilihat melempar sebuah beg dari kereta Chevrolet Sail berwarna biru di sebuah lebuh raya ketika diekori polis susulan rompakan di sebuah premis perjudian di bandar Pudahuel.

Salah sebuah kenderaan polis kemudian dipandu melalui beg itu dalam aksi kejar-mengejar dan mengoyakkannya sebelum wang kertas peso kelihatan bertaburan di jalan.


Foto: New York Post


Kereta polis yang mengejar dari belakang kemudian berhenti dengan pegawainya turun untuk menghentikan lalu lintas di laluan tiga lorong itu. 

Mereka bergegas untuk mengumpul wang sebanyak mungkin tetapi sebahagiannya telah diterbangkan dan diambil orang ramai.

Polis kemudian menahan enam suspek susulan kejadian rompakan itu. Mereka dilaporkan mencuri sehingga AS$10,300 (RM48,801) dalam insiden terbabit, demikian menurut media tempatan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.024765 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top