CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Tinggi Tapi Tak Reti Bagi Nafkah, Isteri Nak Pulangkan Balik Suami Kepada Keluarga

23-10-2022 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14194| Komen: 239

Penat dan kecewa dipergunakan suami bab pengurusan nafkah, seorang isteri berhasrat memulangkan suami kepada ibunya.

Walaupun mempunyai jumlah gaji yang sama, namun suaminya bersikap lepas tangan apabila cenderung menyerahkan urusan perbelanjaan kepada isteri.

Kisah itu dikongsikan oleh pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad menerusi tangkap layar aduan wanita tersebut di Facebook.

Wanita tersebut berkata, dia sudah letih berbakti untuk anak-anak dan suami sehingga merasakan dirinya telah dipergunakan.


Gambar Hiasan


“Gaji kami sama RM6115.14 tapi saya bayar yuran anak pertama, ketiga dan keempat masing-masing berjumlah RM350, RM105 dan RM300.

“Bahan basah pula saya belanjakan RM300 sebulan, kereta (loan) Honda dan Suzuki RM2,000 manakala duit kutu untuk cukai jalan sebanyak RM200 dan loan rumah, RM350,” katanya.

Perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan bukan setakat itu sahaja malah berlanjutan jika mereka sekeluarga keluar berjalan-jalan.

“Kalau tak masak, makan di kedai. Dah jadi macam tanggungjawab saya pula bab makan anak-anak. Baju anak-anak pun duit saya.

“Kadang-kadang nak berjalan, hotel dan minyak pun kebanyakkannya duit saya. Suami tak pernah lagi ajak berjalan dan sponsor semua.

Katanya, suami ada memberi nafkah RM500 sebulan namun ia tidak mencukupi malah ada kala terpaksa pula dipulangkan sebahagiannya.

“Kadang-kadang saya beri balik RM100 atau RM200 bila dia dah kering. Suami bayar loan RM600, rumah RM1500, beri pada ibu dia RM500 dan bayar yuran anak kedua RM400.

“Saya tak faham kenapa suami selalu cakap tak cukup duit sedangkan gaji kami sama tapi sudahnya mesti saya yang belanjakan lebih daripada dia,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 23-10-2022 05:09 PM
Maybe ada addiction lain. Takpun belanja skandal
Quote Innrukia 23-10-2022 05:28 PM
skrg memang kena tanya public utk setiap keputusan bodoh yg dibuat ke?
akal dah tak reti pakai?
Quote Ucop-Cunningham 23-10-2022 05:29 PM
Kaitan dengan pensyarah senibina?
Quote JunkMail 23-10-2022 05:34 PM
Tanya kat netizen apa kami tau kisah financial laki kau kak... Kau tanya la laki kau. Itu pun nak kena cakap ke?? Yihh
Quote syamzana 23-10-2022 05:42 PM
ape kaitan Dr azizul tu dgn kes ni?
agak2 nak pulangkan balik tu, buat terus la takyah berkompang ujung2 keluar anak ke5.
Quote ellejo 23-10-2022 05:44 PM
kalo aku le, first time dia mintak duit terus ku pos laju heshe balik rumah mak ayahnya
kosser la nak tanggung jantan.
Quote glump 23-10-2022 05:46 PM
Dia ada masalah komunikasi ngan suami dia sampai emosi m selain dari itu ada rumah 2 bijik ,kereta 2 bijik anak 4 org. Brg basah 300..Tak ckp pulak brg Kering berapa? Semalam br tengok satu famili ank 3 org belanja brg Kering 550 bini dia yg bayar..laki dia jln2 kat depan kaunter je
Quote belilies 23-10-2022 06:06 PM
Tapi sheols ada senaraikan juga laki dia ada bayar rumah 1.5k, ada lagi heols byr, semua total up to 3k something. And she wonder laki tak cukup duit?

Someone pls kalo rajin boleh tepek sini screenshot kt fb tu. Iols malas nak deal ngan browser ni tiber ada byk iklan berapa harineh. Coi!
Quote che-cikL 23-10-2022 06:07 PM
Senibina rumahtangga gaknya
Quote belilies 23-10-2022 06:07 PM
Reporter cari ni unfair, iols berani bet cuols ambik bahan dari fb. Tepek skali screenshot sheols tu. Sekerat je buat repot
Quote jejaka_hensem 23-10-2022 06:12 PM
Orang perempuan,korang jgn tunjuk yg korang banyak duit time kenal2 dgn boyfriend.nanti jadi camni la,si jantan ambik kesempatan.
Kalau dah kawin pun,jgn share berapa gaji korang,slip gaji pun jgn tunjuk.
Kalau nak beli rumah,biar je dia guna gaji dia,jgn combine nama.biar dia tahu apa itu tanggungjawab.
Korang watkek watpis je simpan duit.korang kena ada simpanan sendiri tp jgn bagitau laki,bagitau mak ayah,anak2.letak nama dorang,jgn letak nama laki.
Ye tahu,korang syg husband korang.tapi berpada2 la syg tu.tak berdosa pun buat camtu.
Ingat,korang kena kuat.disebalik lembutnya wanita,ada tersembunyi kekuatan didalamnya.gittew
Quote dua_chzy 23-10-2022 06:12 PM
glump replied at 23-10-2022 09:46 AM
Dia ada masalah komunikasi ngan suami dia sampai emosi m selain dari itu ada rumah 2 bijik ,kereta 2 ...

Kalau nak husnuzon, mungkin duit laki dia dah diberi kat dia.
Quote syamzana 23-10-2022 06:13 PM
glump replied at 23-10-2022 05:46 PM
Dia ada masalah komunikasi ngan suami dia sampai emosi m selain dari itu ada rumah 2 bijik ,kereta 2 ...

husnudzon laki bg card kat dia
kalau iols mmg gini, iols tkg byr (opkos kad laki) sbb dia akan tggu kat depan utk boh brg2 dlm troli.
Quote dua_chzy 23-10-2022 06:13 PM
belilies replied at 23-10-2022 10:06 AM
Tapi sheols ada senaraikan juga laki dia ada bayar rumah 1.5k, ada lagi heols byr, semua total up to ...

Rupanya. Bukan total bewak la.
Quote naina 23-10-2022 06:20 PM
Edited by naina at 23-10-2022 06:23 PM

Total komitmen laki dia kalau yang dia share tu rm3.5k. Ada baki 2.5k. Maybe dalam ni minyak kete g balik Keje, tol,bil2 api air wifi astro Coway jajan2 anak makan masa lunch tempat kerja.
Dah habis 2.5k.
Minyak kete 2 biji dan 1 biji moto weols pun laki kena siap2 isi untuk kerja dan ambik hantar anak sekolah.
Quote edayildiz 23-10-2022 06:20 PM
ada akk kt ofis selalu bg nsht..nk cari laki kena siasat ..kenal family dorg..kalau baik ngn family baikk la dia..yeke?
pastu dia ckp b4 kawen tu dh ckp sesiap2 apa yg kita nak..cth la dia kena tlg2 jaga ank..mandikn ank..jemur baju..tu semua tugas laki katanya..
tlg masak..duit blnja pun kena bg wpn sikit..tgk pd gji jgk la.
Quote edayildiz 23-10-2022 06:21 PM
syamzana replied at 23-10-2022 06:13 PM
husnudzon laki bg card kat dia
kalau iols mmg gini, iols tkg byr (opkos kad laki) sbb dia aka ...

selalunya gini la kn
Quote hasniey 23-10-2022 06:23 PM
Sama ada laki dia ada betina lain xpon beli benda bukan2 blkg dia
Cuba check hobi laki tu apa.
Quote midori888 23-10-2022 06:23 PM
combined income baru 12k, dgn anak 4 org, kereta 2 dan rumah 2....mmg lah sempit...

Lihat semua komen(239)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.066943 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top