CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Telefon Polis, Risau Dibelasah Orang Ramai

23-10-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 739| Komen: 0

DHAKA – Seorang pencuri di Bangladesh nekad menelefon polis kerana khuatir dibelasah oleh sekumpulan perusuh selepas terkandas dalam sebuah kedai di bandar Barishal akibat mencuri, lapor akhbar The Business Standard.


Yeasin Khan, 41, memecah masuk sebuah kedai di kawasan AR Khan Bazar dan terperangkap pada Rabu lalu selepas mendapati terdapat kehadiran orang ramai di pasar, kata polis Metropolitan Bandar, Asaduzzaman.

Lelaki itu menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang dipukul oleh penduduk tempatan jika ditangkap.


Yeasin (kiri) risau dipukul orang ramai apabila terkurung di dalam sebuah kedai. - UNB


Apabila polis bertanya mengapa dia tidak keluar dari kedai, Yeasin memberitahu bahawa dia mengambil masa yang lama untuk mengumpul barang-barang yang dicuri. 

Dia selesai mengumpulkan barang-barang itu selepas waktu pagi dan orang ramai mula berkumpul di pasar ketika itu.

“Dalam keadaan itu, jika Yeasin keluar, dia akan dipukul oleh perusuh,” jelas Asaduzzaman.

Pemilik kedai, Jhantu berkata, dia tidak menyedari bahawa seorang pencuri memasuki kedainya dan membungkus barang di dalam begnya.

Polis kemudian menahan Yeasin di lokasi kejadian selepas menyelamatkannya dari kedai, kata Asaduzzaman. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.063594 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top