"Kesibukan saya banyak kepada Bunga El Haq (cucu). Dia keutamaan saya." Itu kata penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly yang kini dilihat banyak menghabiskan masa bersama cucu sulung yang juga anak kepada pelakon Elisya Sandha dan suami, Uzair Haqimy.
Sheila, 51, berkata, cucu perempuannya itu juga berada dalam carta nombor satu selain menyifatkan Bunga adalah segala-galanya. "Buat masa ini Bunga segala-galanya. Ke mana-mana pergi memang beli barang untuk dia. Bunga carta nombor satu saya. Kalau bab tidur masih dengan mak ayah dia. Kita takkan ambil tempat mak ayah dia.
"Saya cuma membantu meringankan sikit tanggungjawab anak-anak. Kalau mak ayah dia ada kerja, saya akan menjaga. Walaupun ada pembantu, saya tetap nak jaga. Bukan apa, dia kecil lagi jadi masih perlu dipantau. "Kalau saya pula ada kerja, sekejap-sekejap akan tengok jam sebab nak balik cepat jumpa Bunga," katanya kepada Harian Metro.
|
MisXoXo replied at 23-10-2022 03:18 PM
Nanny sebelah sana kali ni xberani nak merentas.. pendam ajalahhhh
MisXoXo replied at 23-10-2022 03:18 PM
Nanny sebelah sana kali ni xberani nak merentas.. pendam ajalahhhh
TerataiMelur02 replied at 23-10-2022 10:32 PM
C ozlyn dah tak berangkut lepak2 ke?
jalfa replied at 23-10-2022 06:07 PM
Kalo dgn nenek prominent berani sbb nenek tu diam diam je x merentan jaga class...kalo dgn nenek ni ...
finn replied at 23-10-2022 11:40 PM
Seronok iols tgk sis jaga cucu Dia.. Nampak betul betapa Dia Sayang kan Bunga..
ADVERTISEMENT