CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut, Seorang Lagi Parah Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Lintas Jalan Di Jalan Banting-Kajang

23-10-2022 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1767| Komen: 13

Kajang: Wanita maut manakala seorang lagi wanita parah selepas dilanggar pemandu kereta mabuk ketika melintas jalan di Jalan Banting-Kajang (Jalan Reko) berhampiran simpang masuk ke Taman Sri Langat, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kaunter aduan pejabat pertanyaan Balai Polis Trafik Kajang terima panggilan memaklumkan kejadian kemalangan itu pada jam 8.15 malam.

Menurutnya, dalam kejadian ini pemandu dari Kajang Sentral menuju pulang ke rumah di Taman Sri Langat, Kajang.


Gambar Hiasan

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu terbabit melanggar dua wanita yang sedang melintas jalan kemudian melanggar dua kereta yang diletakkan di hadapan sebuah restoran.


"Akibat daripada kemalangan itu, seorang mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Serdang manakala seorang lagi mangsa yang turut cedera parah menerima rawatan di Hospital Kajang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk menjalani ujian saringan awal kandungan alkohol.

"Hasil ujian yang dijalankan terhadap pemandu adalah positif di bawah pengaruh alkohol.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar bagaimana kemalangan  berlaku, sama ada terdapat unsur lain," katanya

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan di Kajang atau menghubungi terus pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Feaisal Mokhtar di talian 012-9454655 bagi membantu siasatan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-10-2022 02:27 PM
Ramai mabuk ni dalam2 nak dkt perayaan...
Hoho...
Esok deepavali..lagi ramai la mabuks2 tak kira la sapa pung...hoho...
Tadi gi speedmart depan rumah ni..ada sabahan dah borong dah tin2 beer
Quote ultra78 23-10-2022 02:31 PM
Kajang ni mmg kawasan yang tak mesra pejalan kaki. Jejantas pun tak cukup. Laluan pejalan kaki sempit atau tak ada.Perancangan bandar mmg gagal
Quote .HannahMontana. 23-10-2022 02:31 PM
Nak suruh baca sahaja kannn ??? Bukan nak ambil tindakan .

Jadi aku membaca lahhhhhhhhh

Begini sound aku baca :

"kepada dajjei nalharom kaki tahi arak mabuk langgar orang  aku katakan mcm mana ko langgar org tengah mabuk begitulah sumpah yg akan ko dan seluruh keturunan ko kena hadap "
Quote Skuau 23-10-2022 03:03 PM
Kalo tada mabuk lg dia worang ingt mau kasi mati worang..sudah mabuk..'kes xsiden saja la'...-si pemabuk.
Quote JunkMail 23-10-2022 03:12 PM
Ok next..
Kat tanahair ni kau langgar mati pedestrian pun takpe..no hal.
Quote Skuau 23-10-2022 04:18 PM
JunkMail replied at 23-10-2022 03:12 PM
Ok next..
Kat tanahair ni kau langgar mati pedestrian pun takpe..no hal.


apa yg lebih penting canna bg perasuah,kaki sakau..x perintah lg...bila menang nt...kita minum lg yey..yey...
Quote monreyes 23-10-2022 04:31 PM
kalau keling langgar keling i am ok je
Quote mrsamz 23-10-2022 04:35 PM
Dekat area ofis aku ada kedai barber india baru bukak bulan 10 ni..hari2 laa depa dok melepak kecoh2..main mercun..minum2 beer kalau petang2 ke malam..bingit dan kecoh..
Padahal tenant sebelum ni india jugak..kedai barber jugak..takde plak dia buat hal mcm ni

Musim2 deepavali ni mmg kene jaga2 lebih bab minum2 alkohol ni..drunk n drive on alert..skala berjaga2 kene tingkatkan
Quote aman4040 23-10-2022 04:36 PM
aku harap buat undang2 pemandu mabok di hukum langgar sampi mati juga biar family yg mati itu merasa puas dan di haragi
Quote Zazama 23-10-2022 11:01 PM
Edited by Zazama at 23-10-2022 11:02 PM
aman4040: aku harap buat undang2 pemandu ...
kaka pernahh sentuh isu ini dek non kat Cari. Apa lagi, kaka kena hentam netijeng netijeng di sini.
Quote rogayahtop 24-10-2022 08:06 AM
Salam takziah.

kajang ni sama je mcm hulu langat, mmg tak ada town planning langsung agaknya.  

minggu ni bawak2 la lebih berjaga OTR.
Quote imanjannah 24-10-2022 11:26 AM
selagi x ada tindakan yg tegas, selagi itulah kita akan baca berita begini
Quote white_musk 24-10-2022 01:21 PM
Hantar balik ke tempat asal...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.038730 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top