Sering dilabelkan sebagai pelakon aksi, pelakon Taufiq Hanafi berharap persepsi tersebut tidak terus ‘melekat’ pada dirinya supaya dapat diberi peluang membawa lebih banyak watak dalam lakonan.
Menurut Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 31, disebabkan perkara itu juga ada dalam kalangan penerbit enggan mengambilnya berlakon dalam sesebuah produksi. “Ada juga rasa kecewa kerana orang asyik melihat saya sebagai pelakon aksi. Takkanlah itu sahaja yang boleh saya buat. Apabila terlalu sinonim dengan watak sebegitu, bagaikan sudah tiada produksi nak cabar saya bawa watak lain.
“Sehinggakan ada ketika apabila saya bertanya kepada pengarah atau penerbit tentang tawaran kerja, mereka tidak mahu mengambil saya kerana tidak menerbitkan sebuah kisah genre aksi. “Tolonglah cabar saya. Kalau tak beri peluang, bagaimana saya nak buktikan saya boleh bawa watak lain,” katanya kepada mStar.
|
Belibis replied at 23-10-2022 04:36 PM
Filem apa ko berlakon??? Tak masuk memori pulak..
prince_marhaen replied at 25-10-2022 09:28 AM
soooo jantan...dap dap gitu.... takde leak ke? ehehehehehehe..
dekmieDandy replied at 25-10-2022 10:41 AM
leak 'fantasi' je ada
yang scene dia liwat ikmal amry dalam gantung the series tu
ADVERTISEMENT