CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Dalam Longkang, Anak Perempuan Jadi Orang Minyak

23-10-2022 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1739| Komen: 13

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita terkejut apabila mendapati badan anak perempuannya dipenuhi lumpur hitam pekat akibat terjatuh ke dalam sebuah longkang, lapor laman berita Suara.com.


Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.

Seorang kanak-kanak perempuan kelihatan berdiri di luar rumah ketika menunggu ibunya keluar. Dia kelihatan takut untuk menemui ibunya selain risau akan dimarah.


Foto: IG

Ibunya kemudian menghampiri dan dia kemudian cuba menjelaskan perkara yang berlaku walaupun dengan suara yang gagap. 


Menurut budak perempuan itu, dia tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang yang disyaki longkang ketika cuba berjalan mengundur. 

“Macam mana boleh jatuh. Jalan mengundur di mana? Tanya wanita itu.

Bagaimanapun, video tersebut tidak memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.



Klip video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau saya pasti sudah panik kerana takut masuk mata atau tertelan air kotor. Tidak sempat fikir untuk merakam, pasti terus dibersihkan,” kata seorang netizen. – CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 23-10-2022 01:32 PM
Kotornya air longkang
Quote kakikuDibibirmu 23-10-2022 01:33 PM
Sungai Citarum tersenyum sinis
Quote glump 23-10-2022 02:08 PM
Ank sedara ku pernah  balik basah lencun jatuh longkang.. budak 7 tahun ,driver van turun kan tepi longkang tinggal..jatuh Tak tau Naik lindung lak ngan rumput2...ada nonya pi briskwalk area umah tu tolong naikkan dia.
Quote drivethru 23-10-2022 02:12 PM
Aku pernah tgk orang mancing parit / longkang kat jakarta. Air mmg hitam kotor. tapi ikan byk n besar2. Sanggup pulak dorang mkn.
Quote lemak_masin 23-10-2022 03:09 PM
Sian anak dia.. benda kotor ko biar lama2 kat badan bdk tu.. siap rakam2 lagi kasi viral dulu.. adoiiiyaii apa punye mak laa..
Quote Ucop-Cunningham 23-10-2022 04:19 PM
Kesian budak tu, hitam sungguh.
Quote Skuau 23-10-2022 04:23 PM
10 budak hitam..main tepi jalan...
1 jatuh longkang...dah tinggal 9...
                        
Quote kakikuDibibirmu 23-10-2022 07:29 PM
9 budak hitam..main tepi jalan...
1 jatuh longkang...dah tinggal 8...
Quote MissVixen 23-10-2022 07:31 PM
drivethru replied at 23-10-2022 02:12 PM
Aku pernah tgk orang mancing parit / longkang kat jakarta. Air mmg hitam kotor. tapi ikan byk n besa ...

Ikan tu diorang buat jadi bakso. Tu sebab bakso tolak2 tu murah meriah.
Quote tenggilingpink 23-10-2022 08:08 PM
nasib kau lah dek...
Quote Highflyer19 23-10-2022 08:38 PM
Asalkan tak sorok minyak masak...
Quote Sazreena 24-10-2022 04:45 AM
Ya ampun bocaaah...
Quote Mulotkoyak 24-10-2022 10:53 AM
Teringat kat anak buah ak jatuh dlm longkak.. Keluar sebijik cmni. Abis satu taman gelak weiii. Hahaha. Buas sgt naik basikal kekecik dolu.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.041249 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top