CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Dina Nadzir Meninggal Dunia

23-10-2022 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4988| Komen: 31

Bapa kepada penyanyi Dina Nadzir iaitu Mohd Nadzir Gulam Kadir, 64, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi, Ahad.

Allahyarham meninggal dunia akibat masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey.

Mickey memaklumkan, arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat masalah paru-paru.



"Arwah memang ada penyakit kanser. Baru-baru ini dia mengalami kegagalan paru-paru dan dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu," katanya.

Mickey turut memberitahu Dina bersama ahli keluarga lain berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Impian Emas, Johor Bahru sebelum solat Asar pada Ahad.



Foto: via mStar

Susulan berita sedih itu, Dina yang merupakan salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) tidak akan membuat persembahan ada minggu keenam.

"Semestinya Dina tidak akan membuat persembahan malam ini. Dia sempat melakukan sound check pada Sabtu sebelum kami memaklumkan keadaan bapanya yang semakin kritikal.

"Dina pulang ke Johor sejurus menerima berita berkenaan," katanya.


Foto: IG

Pada minggu ini, Dina sepatutnya menyampaikan lagu berjudul Januari nyanyian asal Glen Fredly. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 23-10-2022 01:18 PM
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..
Quote Nurul_007 23-10-2022 01:32 PM
Salam takziah.semoga Dina tabah
Quote haruno_sakura 23-10-2022 01:34 PM
Salam takziah dina sekeluarga
Moga roh arwah dicucuri rahmat dn ditempatkan di kalangan yg beriman
Quote ashcroft86 23-10-2022 01:39 PM
Oh no. Salam takziah Dina. Semoga terus kuat.
Quote Perawankota 23-10-2022 01:40 PM
Innalillahhiwainnailaihirojiun.. Salam takziah buat keluarga dina
Quote Adeakukesah11 23-10-2022 02:14 PM
Teringat waktu malaysian idol , bapak die ni yg antar die audition kan? Siap naik bike yg mcm awie bwk tu.. salam takziah smoga d tempat kan dlm kalangan yg soleh Amin
Quote drivethru 23-10-2022 02:24 PM
Salam takziah....
Malam ni orang lain jadi mangsa terkeluar gv.
Quote inspektoremos21 23-10-2022 02:51 PM
drivethru replied at 23-10-2022 02:24 PM
Salam takziah....
Malam ni orang lain jadi mangsa terkeluar gv.

Ataupun takde penyingkiran..
Quote imransulaiman 23-10-2022 02:53 PM
Takziah diucapkan.

Malam ni dia tak perform GV lah kan?
Quote ketambangkang 23-10-2022 03:52 PM
no wonder la setiapkali persembahan dia nampak x bersemangat, mesti sbb risaukan kshtn ayah dia..takziah diucapkan
Quote doubleA 23-10-2022 03:55 PM
Takziah dina
Quote tikusmontok 23-10-2022 03:55 PM
Innalillah
Quote clarizsa 23-10-2022 04:01 PM
Takziah
Harap takde penyingkiran lah malam ni
Bagi adil semua
Quote annadonna 23-10-2022 04:12 PM
I dont think ada semangat lagi nak bertanding. Iols rasa dia sendiri akan tarik diri nanti. Patutlah minggu2 sebelum ni dina tak ada motivation. Dia bukan mcm ni. Hari tu iols dengar interview dgn ramli sarip. Dah lama ramli sarip kenal dina dari kecik sebab ramli sarip kawan ayah dia. Ayahnya mesti involve music juga kot. So ayah dia meninggal dina mesti tak ada jiwa nak nyanyi at least dalam tempoh gv ni
Quote LembingDayanti 23-10-2022 04:16 PM
tarikh diri terus le dina.
Quote JIGON 23-10-2022 04:28 PM
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ، اللهم اكْتُبْهُ عِنْدَكَ فِي المُحْسِنِيْنَ، وَاجْعَلْ كِتَابَه فِي عِلِّيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ فِي أَهْلِهِ فِي الغَابِرِيْنَ، وَلاَتَحْرِمنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un, wa inna ilaa rabbina lamunqalibuun, allahummaktubhu ‘indaka fiil muhsinin, waj’al kitaabahu fii ‘illiyyiin, wakhlufhu fii ahlihi fil ghaabirin, wa laa tahrimnaa ajrohu walaa taftinnaa ba’dahu.

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah kami kembali. Ya Allah, tuliskanlah ia di sisi-Mu termasuk golongan orang-orang yang baik. Jadikanlah catatannya di ‘illiyyin. Gantilah ia di keluarganya dari orang-orang yang menginggalkan. Janganlah engkau haramkan bagi kami pahalanya dan janganlah Engkau beri fitnah kepada kami sesudahnya.

Salam Takziah
Quote eely_shana 23-10-2022 04:34 PM
Salam takziah dina dan keluarga. Semoga rohnya ditempatkan dlm kalangan orang2 beriman.
Quote Incanto 23-10-2022 04:49 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Semoga rohnya di tempatkan bersama para solehin

Takziah Dina
Quote AeriSha 23-10-2022 06:11 PM
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Takziah utk Dina sekeluarga..
Semoga beroleh ketabahan  & dipermudahkan segala urusan..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052731 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top