CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Jadi Gigolo Dan Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Bakal Saman!

23-10-2022 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 720| Komen: 0

Belum reda isu keganasan rumah tangga terhadap Lesti Kejora, timbul pula dakwaan kononnya Rizky Billar pernah bergelar lelaki simpanan atau gigolo wanita termasuk golongan pondan.


Tidak mahu berdiam diri dengan tuduhan memalukan itu, Rizky bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu dikenali sebagai Satria Mulia kerana menyebarkan berita palsu tanpa bukti kukuh.

Peguam Indra Tarigan berkata, dia juga bakal menjadi kes tersebut selepas Rizky sendiri menunjukkan bukti-bukti laporan palsu dibuat Satria terhadapnya.


Foto: IG

"Rizky mengubungi saya dan menunjukkan semua bukti. Dia minta saya jadi peguamnya namun saya kata, biar saya menjadi saksi jika mahu membuat laporan.


"Secara jelas Satria telah melampaui batas kerana berani mengeluarkan kenyataan yang sama sekali tidak benar dan fitnah," katanya seperti dilaporkan DH Entertainment.

Sebelum ini, dalam kekecohan kes keganasan rumah tangga melibatkan dirinya, netizen dikejutkan pula dengan beberapa foto Rizky yang mendakwa dia pernah menawarkan perkhidmatan sebagai teman lelaki upahan.

Malah dia didakwa pernah menjalinkan hubungan songsang dengan seorang transgender.

Sementara itu, kes keganaan rumah tangga di antara Rizky dan Lesti selesai selepas penyanyi dangdut itu menarik kembali laporan polis yang dibuat sebelum ini. -CARI

Sumber:mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.031590 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top