CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agensi Percutian Terkenal Penipu, Suka Hati Tukar Tarikh- Ramai Dah Terkena, Beribu Ringgit Duit Deposit Lesap

23-10-2022 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12051| Komen: 117

Bukan sahaja wang lesap, malah impian percutian ke Jepun turut hancur berkecai!

Begitulah kisah yang menimpa seorang lelaki, Fuad Aziz yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah agensi percutian terkenal.


Menurut Fuad, dia merancang untuk bercuti sempena musim sejuk di Sapporo, Jepun bagi trip pada Disember ini dan sudah membuat bayaran tempahan (booking) kepada agensi berkenaan sebanyak RM1,200.

Bagaimanapun, lelaki ini meluahkan rasa kecewa apabila pihak agensi pelancongan terkenal itu mahu menukar tarikh perjalanannya.


Gambar Hiasan


"Saya dan agensi T** setuju untuk travel pada tarikh 16 Disember hingga 22 Disember 2022.

"Saya bayar deposit seperti yang diminta. RM1,200 untuk empat orang pada 17 Jun 2022 kepada ejen bernama S*****. Berhari-hari follow up nak deposit payment.

"Alih alih T** batalkan dan pinda ke tarikh lain. (Saya) dimaklumkan melalui WhatsApp oleh ejen bernama J*** pada 17 Julai 2022, ayat dia power, 'belum dapat dijalankan'.

"Saya tidak setuju, saya tak nak pergi pada tarikh lain. Saya nak Sapporo Disember 2022 juga. Kalau tak ada saya nak refund semula. Itu hak saya, ada sebab kenapa aim saya nak ke sana," tulisnya dalam perkongsian di Facebook.


Foto: via mstar

Disebabkan tarikh perjalanannya ditukar, Fuad mengambil keputusan meminta semula deposit sebanyak RM1,200 yang sudah dibayar, namun menurutnya pihak agensi memintanya menukar tarikh atau menganjak kepada tahun 2023.

"(Saya) diminta untuk tukar trip lain atau anjak ke tahun hadapan 2023. What? Harga pula differ RM500 dengan pakej 2022. Ini satu kekeliruan pada pelanggan.

"Tapi T** buat tak tahu, dan menafikan refund saya. Berbulan-bulan tanpa follow up dan juga counter offer. Minta maaf pun tak ada.

"Daripada flow ini pun sudah jelas bahawa T** yang mahu mengubah tarikh, bukan saya. Jadi bukan saya yang buat hal," kongsinya lagi.

Fuad menambah dia tidak dapat menghubungi pihak agensi pelancongan tersebut apabila nombornya disekat dan juga media sosial miliknya turut disekat oleh pihak agensi itu.

Merasa tertipu dan sekadar berkongsi pengalaman, Fuad turut membuat perkongsian berkaitan isu itu di sebuah group di Facebook.

Apa yang mengejutkan, ramai yang mendedahkan mereka juga pernah menjadi mangsa kepada agensi pelancongan yang sama dengan jumlah kerugian yang berbeza.


Foto: via mstar

"Setelah melalui beberapa proses negosiasi yang gagal, saya buat keputusan untuk lapor hal ni ke Tribunal Pengguna.

"Emel pula draft dah siap ke Kementerian Pelancongan (Motac), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan diemel dalam masa terdekat sebab ada 30 orang lebih mangsa setakat sekarang yang DM inbox saya," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, agensi pelancongan terbabit tampil memberikan kenyataan rasmi di Instagram mereka.

Menurut agensi tersebut, hal itu terjadi disebabkan beberapa faktor dan di dalam terma yang telah dipersetujui sebelum ini sudah diterangkan mengatakan bahawa tiada refund akan diberikan jika mahu membatalkan pakej yang dibeli.

"Kami tidak pernah lari atau scam dan gagal membawa mana-mana pihak yang sudah berdaftar dengan kami untuk pergi trip bersama kami.

"Pendirian kami adalah untuk memberikan isu ini kepada Tuntutan Pengguna, sekiranya kami salah, kami akur dengan arahan yang diberikan dan berharap akan selesai dengan cara yang baik.

"Tetapi jika sebaliknya, harap pihak sana pun mesti akur kerana KPDNKK (KPDNHEP) akan buat keputusan berdasarkan fakta bukan emosi seperti yang sedang berlaku sekarang.

"Kami serahkan kepada badan profesional yang saya rasa lebih adil untuk membuat keputusan bagi kedua-dua belah pihak," demikian kenyataan agensi tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 23-10-2022 01:14 PM
Sebelum2 pernah jgk bc org komplen pasal agen ni. Yg kes kt atas ni, masalahnya bdk ni byr bulan 6 thn ni kan. Bukan masa pkp sebelum2 ni. Dan agent dah yakinkan trip tu ada. Tak lama lps byr baru ckp trip x dpt proceed sbb ada halangan. Jepun mmg masih belum announce fully bukak
tuk tourist masa bulan 6 tu. Tp rasanya boleh kalau pergi dgn agent. Yg agent tu kalau tak bersalah .. dah knp block bdk ni?
Quote lurve82 23-10-2022 02:32 PM
Femes agensi tu. Aku klu ikut ejen ni umrah je lah. Tu pun under tbg hj travel. Yg lain pegi sndr atau amik private tour. Sakit hati kena tipu. Bukan sikit. Baik la study sendiri tmpt nk pegi tu. Ramai2 la pegi tribunal
Quote ultra78 23-10-2022 02:34 PM
Bercuti di Cameron Highlands aje la.
Quote midori888 23-10-2022 02:39 PM
Apa nama travel agency tu?
Quote .HannahMontana. 23-10-2022 02:50 PM
jangan kata ejen pelancongan tukar tarik sesuka hati , manusia celaka lagi nakharommm pun ada yg dajjei tukar tukar tarikh

bangsat dohhhhhhhhhh
Quote syamzana 23-10-2022 02:58 PM
cuba tulis nama ejen tu terang2 takde la ramai nanti terkena lagi. ke blh disaman kalau tepek nama terang2 gitu?
btw, hrp dpt refund dan pasni make sure bc betul2 term dlm agreement tu. bkn sikit2 tu.
lainkali godak and explore sndiri la bang utk holiday, skrg dah mudah info dihjg jari kot risau sesat barat gps sentiasa menemani
Quote aku_best 23-10-2022 03:11 PM
midori888 replied at 23-10-2022 02:39 PM
Apa nama travel agency tu?

Baca kat group backpackers katanya Trip Adik Beradik nama agensi tu..
Quote aku_best 23-10-2022 03:13 PM
aku_best replied at 23-10-2022 03:11 PM
Baca kat group backpackers katanya Trip Adik Beradik nama agensi tu..

https://www.facebook.com/100000902891605/posts/pfbid02e1ZTfAALCiGXweC9UDHP5H7XyG5yxmxoQ3siCAiwBQXgcTDnWhWefwPJNqjYMVBul/
Quote zamnie 23-10-2022 03:25 PM
Baik pegi sendiri je senang.. bc review org dan follow itinerary xde masalah
Quote krustykrab 23-10-2022 03:25 PM
Menurut agensi tersebut, hal itu terjadi disebabkan beberapa faktor dan di dalam terma yang telah dipersetujui sebelum ini sudah diterangkan mengatakan bahawa tiada refund akan diberikan jika mahu membatalkan pakej yang dibeli.

~bebudak tu tak batalkn pun, korg yg nk tukar tarikh of course la diorg tak setuju. Bg je la refund.
Quote pu3_rania 23-10-2022 03:28 PM
midori888 replied at 23-10-2022 02:39 PM
Apa nama travel agency tu?

Awat lah bodoh sangat depa2 yang terlibat dengan kes penipuan tak reveal aje terus nama travel agency lahanat yang dah suka dan banyak mengencing sana sini
Quote midori888 23-10-2022 03:33 PM
aku_best replied at 23-10-2022 03:11 PM
Baca kat group backpackers katanya Trip Adik Beradik nama agensi tu..



oic..thank you for sharing...
Quote midori888 23-10-2022 03:34 PM
pu3_rania replied at 23-10-2022 03:28 PM
Awat lah bodoh sangat depa2 yang terlibat dengan kes penipuan tak reveal aje terus nama travel age ...



kannn...reveal jer lah nama agency tu supaya yg org lain tak terkena sama...
Quote cmf_premierleag 23-10-2022 03:45 PM
Kalo stakat jepun, ko pegi sendiri je la dik
Transportation tip top kt sana senang jah
Lain la kalo ko pi negara hauk serba serbi dr transport smpi hotel.....tu mmg biar ejen kene uruskan
Kalo negara2 maju, urus je sendiri
Takpun hire je memana student msia kt sana..bayar jah depa
Quote liton 23-10-2022 03:48 PM
Agensi tu dah berapa kali tgk ada komplen. Rasanya dulu ada benang . Tapi kenapa.masih ramai yg percaya?
Quote liton 23-10-2022 03:50 PM
Kalau pergi melancong negara yg pengangkutan awamnya bagus, tak payahlah guna TA. Jln-jln sendiri naik tren, bas lagi best.
Lainlah kalau pergi Indon, India. Itupun boleh jer amik supir atau tuktuk.
Quote makita 23-10-2022 04:05 PM
Oh kwn meols pon kene gak tapi dgn agensi nal gi umrah. Patut dec ni tapi cepatkan ke nov sbb ada bola katanya. Patut bwk anak2...dah kene tgalkan anak2 sbb sekolah
Quote jfq 23-10-2022 06:49 PM
T* la, J* la, S* la
Fenin gue
Sebut aje nama betul
Quote alieyrina 23-10-2022 06:55 PM
Kalau ampa tanya aku yg x penah p tour ni mgkin memg pakai tour ejen la nak p tour ober c nih.

Penah tgk utube forener komen p jepun memang x takut sesat. Segala benda tiptop

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.043187 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top