CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Bekal Daging Pelik

23-10-2022 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1278| Komen: 3

'Misteri' kewujudan peti sejuk usang yang diletakkan di hadapan sebuah rumah membongkar kegiatan penghuninya yang bergiat aktif sebagai pembekal daging eksotik haram.


Difahamkan, suspek berusia 40-an menyembunyikan pelbagai bahagian hidupan liar antaranya daging babi, daging dan lemak biawak selain pelbagai daging hidupan lain di kediamannya.


Pelbagai jenis daging hidupan liar dilindungi yang dirampas Perhilitan dari rumah seorang lelaki tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan itu dibongkar hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dilakukan pihaknya di sebuah kediaman di Taman Mambang Diawan, Kampar, Perak pada jam 1 tengah hari kelmarin.


Menurutnya, lima anggota Perhilitan dibantu dua anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) bertindak melakukan pemeriksaan terhadap sebuah rumah di lokasi itu.

"Pihak kami mengesan kewujudan peti sejuk besar diletakkan di luar pintu masuk rumah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan terhadap peti sejuk itu menemui beberapa spesies hidupan liar dilindungi yang disimpan di dalam peti sejuk beku berkenaan," katanya.

Beliau berkata, antara yang ditemui adalah daging babi hutan diisi di dalam karung plastik warna merah seberat 50.7 kilogram (kg).

"Turut ditemui daging biawak di dalam karung plastik seberat lebih kurang 26.8kg.

"Selain itu pihak Perhilitan menemui sebahagian lemak biawak, dua taring babi hutan selain alat penimbang yang disimpan suspek di kediaman itu," katanya.

Beliau berkata, semua bahagian hidupan liar itu disita dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk siasatan lanjut

"Kes itu kini disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

"Kesemua barang kes yang dirampas dibawa ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak untuk tindakan lanjut," katanya.

Kadir berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagaimana bahagian hidupan liar dilindungi itu diperolehi dan siapa pelanggan kepada suspek.

"Saya yakin daging hidupan liar diburu secara haram ini mahu dibekalkan kepada restoran tempatan yang menyajikan hidangan eksotik," katanya.

Julai lalu, seorang pemilik sebuah restoran di Bentong, Pahang, turut diserbu sepasukan pegawai Perhilitan selepas disyaki menjual hidangan daging buaya.

Hasil pemeriksaan dilakukan, pihak Perhilitan menemui empat bungkus disyaki berisi daging buaya di dalam peti sejuk di premis itu.

Pemilik premis berusia 48 tahun gagal menunjukkan sebarang lesen sah memiliki daging haiwan dilindungi itu dari Jabatan Perhilitan.

Sementara itu pada Jun lalu, tiga lelaki tempatan turut ditahan pihak berkuasa selepas disyaki terbabit dengan sindiket menjual hidupan liar tanpa lesen dan pemilikan senjata api buatan sendiri.

Suspek dipercayai pemburu haram ditahan dalam empat serbuan berasingan di Bukit Merah dan Gerik, Perak.

Sejumlah tiga senjata api, 72 ekor burung murai batu dan 47 sangkar burung yang dianggarkan bernilai RM694,500 dirampas dalam operasi itu," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 23-10-2022 10:54 AM
Tak berapa nak bijak nampaknya...sebab letak freezer di ruang depan rumah. Susah nak sembunyi bahan bukti kalau kena ambush. Dan senang jiran tetangga buat report
Quote batmana 23-10-2022 01:02 PM
ni msti jiran nmpk , angkat2 daging bsr2 cm mayat aja

tu yg kene report..
Quote shernazz 23-10-2022 02:29 PM
Mak aih..
Ko jual.mcm2
Jual dsging babi hutan pung okay dah
Banyak.supplier dari hutan2 sekitar tu...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.182479 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top