Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, projek perumahan Felcra di FGV Ladang Tembangau yang dibatalkan selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan sebelum ini, kini akan diteruskan semula dalam usaha membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.
Beliau berkata, projek yang melibakan kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar itu diluluskan semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan beliau sendiri telah merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan. “Saya dimaklumkan selepas projek dibatalkan, kerajaan negeri Pahang telah mengambil alih semula tanah kerana ia milik kerajaan negeri. Saya telah bertemu dengan Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) untuk bertanya jika projek itu hendak diteruskan semula, dan beliau akan pertimbangkan. “Selain itu, saya juga telah bertemu dengan pihak Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) supaya mengambil alih projek itu dan mereka juga bersetuju untuk meneruskan projek perumahan berkenaan,” katanya semasa berucap di Program Moh Ngeteh Bersama Komuniti Gugusan Tambangau di FGV Ladang Tembangau 3 di sini hari ini. Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut berkata, projek perumahan itu dilaksanakan bagi meringankan beban peserta Felcra memiliki rumah kerana bayaran boleh dibuat secara ansuran atau melalui pemotongan dividen. Pada perkembangan berkaitan, beliau juga meminta supaya pihak pengurusan ladang dapat memberi sedikit kelonggaran kepada pekerja yang sudah berpencen supaya tidak perlu ‘segera’ keluar dari rumah pekerja yang disediakan. “Saya percaya dalam masa dua, tiga bulan berpencen, susah untuk mereka mencari rumah baru. Saya harap pekerja yang berpencen ini boleh diberikan grace period, atau tempoh sementara untuk duduk mungkin dua atau tiga bulan sebelum dapat mencari rumah lain,” katanya. Sumber: BERNAMA |
ultra78 replied at 23-10-2022 03:19 PM
Waktu ada kuasa hari tu takde pulak sambung projek.
kaseh80 replied at 23-10-2022 03:09 PM
Kerajaan caretaker blh buat pengumuman ke?
Highflyer19 replied at 23-10-2022 02:13 PM
Excellent...hopefully blh siap dgn cepat
kakikuDibibirmu replied at 22-10-2022 11:33 PM
Malaysia ada Perdana Muntri lagi ke lepas bubar?
Skuau replied at 23-10-2022 03:08 PM
PRU15...Batal vs Sakau
stingergrumpy replied at 23-10-2022 03:44 PM
War Cry BEEND utk Pru15 kali ini....BUBAR...MENANG....SAKAU(utk 5 tahun mendatang).....
rashiman replied at 23-10-2022 04:22 PM
BUBAR..MENANG...SAMBUNG BALIK PROJEK UTK RAKYAT yg telah dibatalkan.
stingergrumpy replied at 23-10-2022 03:29 PM
Setakat pengumuman...bukan legal binding pun kheunz?
Lagipun dia ada sebut keww?...rumah mampoo.m ...
CiliPadiSedap replied at 23-10-2022 04:32 PM
Alangkah bajet lepas yang dibentangkan xjadi apa sebab xbahas dan terbatal inikan projek felcra.
...
ADVERTISEMENT