CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Nasib Kali Kedua, Mampukah Boris Johnson Kembali Sebagai Perdana Menteri?

22-10-2022 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 924| Komen: 7

Boris Johnson kembali ke Britain dalam percubaan berani untuk memenangi penggal kedua sebagai perdana menteri hanya beberapa minggu selepas dia terpaksa berundur.


Beberapa rakan sekerja memberi amaran kepulangannya boleh mencetuskan lebih banyak huru-hara politik .

Calon-calon berpotensi untuk menggantikan Perdana Menteri Liz Truss, yang secara mendadak meletak jawatan pada Khamis selepas hanya enam minggu berkuasa, sedang memulakan hujung minggu dengan melobi untuk mendapatkan pencalonan mencukupi bagi menyertai pemilihan kepimpinan sebelum tarikh akhir Isnin ini.


Reuters

Johnson, yang sedang bercuti di Caribbean apabila Truss meletak jawatan, tidak berkata apa-apa secara terbuka mengenai tawaran untuk kerja lamanya, telah menerima sokongan berpuluh-puluh penggubal undang-undang Konservatif tetapi perlu mendapatkan 100 pencalonan untuk dipertimbangkan.

Menteri perdagangan James Duddridge berkata pada Jumaat, Johnson telah memberitahunya dia "bersedia untuk itu".

Johnson diejek oleh beberapa penumpang dalam pesawat ke Britain, menurut seorang wartawan Sky News dalam penerbangan itu yang dijangka tiba di London pada pagi Sabtu.

Ia akan menjadi kebangkitan politik yang luar biasa bagi bekas wartawan dan Datuk Bandar London itu, yang meninggalkan jawatannya akibat diselubungi skandal.

Bekas menteri pertahanan, Penny Mordaunt menjadi calon pertama yang secara rasmi mengisytiharkan hasrat untuk bertanding menjadi pemimpin seterusnya Parti Konservatif, tetapi Johnson dan Rishi Sunak, yang pernah menjadi menteri kewangannya, mengetuai pesaing berpotensi menjelang pengundian minggu depan.

Prospek kembalinya Johnson kepada kerajaan merupakan isu polarisasi bagi kebanyakan pihak dalam Parti Konservatif, yang amat berpecah belah selepas memecat empat perdana menteri dalam tempoh enam tahun.

Bagi sesetengah penggubal undang-undang Konservatif, Johnson ialah pemenang undi, mampu menarik minat di seluruh negara bukan sahaja dengan selebritinya tetapi juga dengan jenama optimistiknya yang bertenaga.

Bagi yang lain Johnson adalah seorang tokoh toksik dan persoalannya ialah sama ada dia boleh meyakinkan berpuluh-puluh penggubal undang-undang yang meninggalkannya bahawa dia kini adalah orang yang boleh menyatukan parti dan membalikkan nasibnya.

Ahli parlimen konservatif Andrew Stephenson berkata pada Sabtu Johnson adalah "perdana menteri yang teruji" yang menyampaikan Brexit, mampu bermegah dengan pelancaran vaksin Covid-19 yang pantas, dan merupakan antara penyokong paling lantang Ukraine.

Tetapi rakan sekerjanya Andrew Bridgen berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk meletak jawatan daripada kumpulan parlimen jika Johnson kembali dan memberi amaran kepada Konservatif supaya tidak membangunkan "kultus personaliti" di sekeliling bekas perdana menteri itu.

Dominic Raab, seorang menteri luar negeri di bawah Johnson berkata, parti itu berisiko "mundur" jika dia kembali.

Bekas pemimpin Konservatif William Hague berkata pada Jumaat kepulangan Johnson mungkin idea paling buruk yang pernah didengarinya dalam hampir setengah abad sebagai ahli parti. Beliau berkata ia akan membawa kepada "lingkaran maut" bagi Konservatif.

Jika Johnson boleh mendapatkan jumlah pencalonan yang diperlukan, dia mungkin akan berdepan dengan Sunak, yang berhenti sebagai menteri kewangannya pada Julai.

Sunak adalah calon kepimpinan pertama yang mencapai ambang 100 pencalonan untuk menyertai pemilihan sebelum tarikh akhir Isnin, menurut laporan media.

Johnson kini mempunyai kira-kira separuh daripada sokongan itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 22-10-2022 11:34 PM
Liz Terus tersenyum sinis
Quote sharlenetexas 23-10-2022 12:22 AM
kakikuDibibirmu replied at 22-10-2022 11:34 PM
Liz Terus tersenyum sinis {:m ...

Liz jalan terus no konar2.


Quote cmf_premierleag 23-10-2022 12:32 AM
bojo ni mcm ghupe tak mandi je
Quote makneng 23-10-2022 07:36 AM
Dah boleh dia calonkan diri utk mb negeri selalu tak ada air kat sini. Memanjang nampak busuk
Quote Kitty_catz 24-10-2022 01:18 PM
airB&B tersenyum sinis IMG_5523.JPG
Quote alesandra 24-10-2022 01:20 PM
Dia dah official tarik diri laa.tapi aku agak pm keling tu pun x lama
Quote Kitty_catz 24-10-2022 01:29 PM
alesandra replied at 24-10-2022 01:20 PM
Dia dah official tarik diri laa.tapi aku agak pm keling tu pun x lama

si sunak tu ke?

binik dia pun tax filing kat yindia sana kan? ada issue tu esok2

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 1.009938 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top