CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Sumbang ASD200,000 Kepada Mangsa Banjir Pakistan

22-10-2022 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 800| Komen: 3

Kerajaan Malaysia menyumbang sebanyak AS$200,000 kepada mangsa banjir di Pakistan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan sumbangan itu telah disalurkan kepada Tabung Bantuan Banjir Perdana Menteri Pakistan 2022 melalui akaun Affin Bank tempatan yang dibuka oleh Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur.



Bloomberg.com

"Malaysia menyatakan solidaritinya dengan Kerajaan dan rakyat Pakistan berikutan banjir dahsyat yang menyebabkan penderitaan, kehilangan nyawa, kemusnahan infrastruktur dan harta benda serta kehilangan sosialekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


"Rakyat Malaysia bersama rakyat Pakistan dalam masa yang sukar ini. Malaysia berharap sumbangan berkenaan dapat membantu meringankan penderitaan mangsa banjir," menurut kenyataan itu.

Dilaporkan hampir 1,700 orang terbunuh dalam banjir itu setakat ini manakala kira-kira 33 juta daripada 230 juta penduduk terjejas teruk.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 23-10-2022 04:30 PM
Terbaik kerajaan Malaysia...
Quote Skuau 23-10-2022 04:35 PM
wow!...Msia ada banyak wang lg rupanya..sampai boleh kasi kat orang...macam tu jer...yer..camtu jer...
Quote clarizsa 23-10-2022 04:37 PM
I ada komen sangat negatif tapi tak reti nak sampaikan ayat yg sesuai
Tapi memang negatif fikiran i lepas baca artikel ni , hmm

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.282745 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top