CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia Nombor 1 Di Dunia Sebagai Negara 'Most Generous'

22-10-2022 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1070| Komen: 1

Charities Aid Foundation (CAF), sebuah badan amal berdaftar Britain meletakkan Indonesia di kedudukan teratas sebagai negara pemurah (generous) buat tahun kelima berturut-turut.


Kenya menduduki tempat kedua dalam laporan tahunan World Giving Index 2022 yang dilancarkan baru-baru ini diikuti Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand.


The Sun Daily

Menurut CAF, Indonesia mengekalkan kedudukan itu dengan indeks 68 peratus iaitu lapan daripada 10 orang menderma dalam bentuk kewangan manakala enam daripada 10 menyumbang sebagai sukarela.

Disusuli Kenya dengan skor 61 peratus iaitu sebanyak 77 peratus rakyatnya membantu seseorang yang mereka tidak kenali berbanding purata global 62 peratus.


Laporan itu menyatakan agama serta populasi yang besar di Indonesia dan Kenya menjadi pemacu utama peningkatan tahap penyertaan serta pemberian sejak lima tahun lalu.



"Keputusan ini juga didorong oleh tradisi budaya masyarakat seperti gotong-royong di Indonesia dan harambee di Kenya yang menyatukan orang ramai pada masa mendesak termasuk ketika pandemik COVID-19," menurut CAF.

World Giving Index 2022 menggunakan data yang dikumpul dari 119 negara oleh kumpulan penyelidik pasaran Gallup.



Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 23-10-2022 12:53 PM
Edited by Zack8hunter at 23-10-2022 12:55 PM

tak nafikan hospitality diorg mmg tiptop.. naik segan aku time outstation kt sana. benda baik kita puji ler..cuma part kesukarelawan tu not sure

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.042365 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top