CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Terseksa, Rasa Macam Haiwan Ternakan ‘Dipaksa’ Hidu Sampah

22-10-2022 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 993| Komen: 2

“Mana insinerator yang dijanjikan? Saya dah tinggal di sini 17 tahun, yang ada pusat pelupusan sampah bertambah besar dan tiada langsung perbincangan bersama penduduk seolah-olah kami ini haiwan ternakan,”.



Mohamad Ali (tengah) bersama penduduk kampung mengadakan himpunan membantah projek pembesaran Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang Melaka yang didakwa bakal menjadi mimpi buruk kepada lebih 7,000 penduduk.

Itu kekesalan penduduk Azmi Yahood, 54, mengenai projek pembesaran Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang di sini yang melibatkan pengambilan tanah seluas 24.2 hektar yang didakwa bakal menjadi mimpi buruk kepada lebih 5,000 rumah di sekitar kawasan berkenaan.


Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Bertam turut meluahkan kekecewaan apabila kewujudan pusat sampah sedia ada bukan sahaja menyebabkan pencemaran bau menyukarkan penduduk untuk keluar beriadah.


Azmi Yahood

“Sampaikan kami nak duduk berehat luar rumah pun tak selesa kerana bau busuk yang turut mengundang kehadiran ribuan lalat membawa penyakit.

“Sepatutnya, kalau nak besarkan tapak sampah sedia ada sekalipun, perlu adakan perjumpaan bersama penduduk dan janganlah buat kami ini seperti haiwan ternakan,” tegasnya lagi.

Pandangan sama disuarakan Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Desa Bertam, Leftenan (B) Mohd Redza Izwan Abu Zaharin, 35, yang mendakwa, kewujudkan pusat sampah sedia ada seluas 26 hektar sudah cukup menyeksakan penduduk.


Mohd Redza Izwan Abu Zaharin

“Bau busuk dari pusat sampah itu bukan sahaja menyebabkan anak-anak tidak dapat main di luar, malah pakaian juga terpaksa di hantar ke dobi kerana udara luar yang tercemar.

“Ini menyebabkan kos perbelanjaan harian kami meningkat sedangkan dulu penduduk dijanjikan dengan pembinaan insinerator yang lebih mesra alam tapi mana janji itu?,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, masalah itu pernah diajukan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ini.

“Pencemaran yang berlaku sebenarnya bukan sahaja pada udara, bahkan sungai yang mana kita sendiri sudah bawa pegawai JAS dan JPS dan mereka sendiri sudah lihat memang ada air sungai yang dicemari.

“Masalah ini sudah berulang beratus kali sejak 15 tahun lalu menyebabkan lebih 7,000 penduduk daripada lima buah taman dan kampung sekitar Sungai Udang, Paya Luboh dan Paya Rumput terkesan.

“Jika pihak berkenaan masih hendak teruskan cadangan pengambilan tanah untuk membesarkan pusat pelupusan sampah ini tanpa sebarang rundingan termasuk membina insinerator yang dijanjikan sebelum ini, penduduk akan buat bantahan secara besar-besaran selepas ini,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 23-10-2022 04:33 PM
Aduh kesian...
Quote cikatilia 25-10-2022 10:10 AM
haiwan ternakan pon idok le disuruh hidu sampah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.067927 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top