Baru-baru ini, doktor selebriti Dr Say Shazril memuat naik hantaran di Instagram miliknya menceritakan kisah kecurangan seorang kenalan ketika sedang berpantang.
Menerusi hantaran panjang itu, Dr Say tampil berkongsi kisah curang yang berlaku dalam rumah tangga kenalan isterinya itu dikatakan kantoi bermalam dengan perempuan lain ketika isterinya tengah bersalin di hospital dan bercerai ketika berada dalam pantang. Menurut Dr Say, perbuatan si suami itu terdedah apabila isterinya menemui foto tidak senonoh suaminya bersama perempuan berkenaan. Malah, katanya lelaki itu pernah curang sebelum ini dan diberikan peluang kedua oleh isteri. Sehubungan itu, Dr Say turut melontarkan pandangan peribadinya dengan menyatakan ‘once a cheater, always a cheater’ kerana telah menjadi tabiat seseorang itu, namun dia tidak mahu bercakap besar kerana risau kata-katanya akan berbalik semula.
Bukan itu sahaja, Dr Say juga menyatakan yang orang yang curang ini tidak memiliki kelebihan dari aspek kewangan mahupun rupa tetapi ayat-ayat manis yang ditabur dan dijanjikan. Malah, dia turut berpendapat bahawa dia sedih melihat ibu tunggal membesarkan anak-anak sendirian tanpa kasih sayang seorang ayah. Dalam pada itu, Dr Say dilihat sempat mengutarakan soalan kepada umum dengan bertanyakan adakah seseorang yang curang itu boleh berubah. Menjengah di ruangan komen, ramai pengikutnya di Instagram memberi pendapat masing-masing mengenai isu curang ini. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT