CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sedarlah Wahai Pemimpin, Janganlah Kamu Jadi Pengkhianat' - Sultan Selangor

22-10-2022 09:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 771| Komen: 1

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan pemimpin yang berbuat khianat, menipu dan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan diri akan dikutuk ALLAH SWT kerana boleh menjahanamkan negara.


Baginda bertitah menerusi satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office berdasarkan intipati khutbah Jumaat yang dibaca di seluruh masjid di negeri tersebut bertajuk 'Pemimpin dan Negara'.


IG Selangor Royal Office

Titahnya, para pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan mencari kekayaan dunia akan menjadi perosak serta pengkhianat kepada rakyat dan negara.

"Sesungguhnya pemimpin yang tidak menegakkan nilai integriti, kejujuran dan amanah akan menyebabkan dirinya terjerumus ke dalam aktiviti bersifat kemunafikan serta kemaksiatan.

"Ia melibatkan amalan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah serta menyebarkan fitnah yang mengakibatkan kerosakan sebuah kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

"Rosaknya pemimpin maka rosaklah negara ibarat kata pujangga, jika keruh air di hulu, maka keruhlah ia di hilir," titahnya pada Jumaat.



Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin bertitah, pemimpin berintegriti, jujur, beramanah bukan sahaja akan mengubah landskap serta ekosistem kehidupan bermasyarakat, bahkan memacu negara untuk mencapai matlamat yang dirangka agar menjadi mampan, stabil, dihormati dan beridentiti.

Titahnya, integriti berlandaskan nilai-nilai Islam berpaksikan kepada kekuatan akidah, syariah dan akhlak adalah penyelesaian terbaik kepada kerosakan dan kemelut yang berlaku dalam diri, organisasi serta negara hari ini.


Add Image Caption Here


"Sedarlah wahai pemimpin, janganlah kamu menjadi pengkhianat terhadap amanah yang diberikan.

"Sifat jujur dan amanah hendaklah menjadi identiti yang sebati dalam diri pemimpin," titahnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 22-10-2022 11:19 PM
kena tegur sekali anak bini menteri yang melebih-lebih

ada tu anak saudara, makcik pakcik yang join salah guna kuasa title menteri untuk buat onar

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.037615 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top