CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dibelasah Teman Lelaki Isteri Dan Rakan-Rakannya

22-10-2022 09:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1245| Komen: 2

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang penduduk di Kota Makasar, Sulawesi Selatan diserang sekumpulan lelaki dengan salah seorang pelaku merupakan teman lelaki isterinya, lapor laman berita Suara.com.


Insiden itu dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya dan dimuat naik dalam akaun Instagram @kamerapengawas.id.


Mangsa dipukul sekumpulan lelaki yang terdiri daripada teman lelaki isterinya. - Instagram

Ketika kejadian, beberapa orang kelihatan sedang berlari selain suara wanita kedengaran menjerit.

Menurut akaun tersebut, lelaki yang menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa telah mengajak tiga rakan sekerjanya untuk memukul mangsa secara beramai-ramai.


Ia turut memuat naik keadaan mangsa selepas dibawa ke hospital. Terdapat beberapa kesan luka pada badan mangsa akibat dipukul kumpulan tersebut.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 22-10-2022 11:20 PM
ada function tak nak blok reporter yang suka up negeri seberang ni
Quote Highflyer19 23-10-2022 04:31 PM
Selalu berita pelik2 dari negara seberang...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.198336 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top